Bila kita tengok kehidupan orang berjaya ni, ada je mulut-mulut makcik bawang yang duk mengata, ramainya cemburu sebenarnya.
Sedangkan kita tak tahu betapa susahnya mereka untuk berjaya dan mengekalkan kejayaan tersebut.
Inilah kisah yang dikongsi seorang pengguna Facebook berdasarkan pengalamannya menghadiri rumah terbuka pengasas dUCk, Vivy Yusof.
BUKAN SENANG NAK JADI VIVY DAN SITI NURHALIZA. FOTO: FACEBOOK
Pengguna itu menceritakan bagaimana komitednya Vivy ni melayan tetamu, sampai tak sempat duduk dan makan sepanjang rumah terbuka anjurannya sebab sibuk bergambar dengan hadirin yang datang.
"Vivy Yusof yang berdiri 4 jam hanya untuk sesi bergambar walaupun majlis sepatutnya 3 jam sahaja (12.00 tengah hari - 3.00 petang). Vivy keluar sekejap dalam 15 minit, tu pun untuk hantar Dato Siti Nurhaliza yang dah nak balik, lepas tu dia masuk balik terus sambung ambil gambar. Majlis rumah terbuka dia, tapi rasanya secubit ketupat pun dia tak sempat rasa. Betapa komitednya dia dengan brand yang dia bina dan dengan tetamu yang ada," tulisnya.
Paling mengharukan juga tentang betapa anaknya, Mariam sangat memahami kerja ibunya. Tak meragam langsung walaupun terpaksa bermain dengan pengasuh sepanjang rumah terbuka itu. Budak-budak kecil kan, biasanya tak dilayan ibu sekejap pun, dah menangis meraung dah. Tapi, itulah si Mariam ni agaknya dah terbiasa dengan kesibukan ibunya yang popular itu.
Pengguna Facebook itu juga menceritakan bagaimana hebatnya kesabaran Datuk K yang menemani Datuk Siti Nurhaliza, sampai "diabaikan" sebab Datuk Siti sibuk melayan peminat. Itulah pengorbanan sebuah kejayaan.
Pengguna itu mengakhiri catatannya dengan menulis: "Kita selalu tengok the best side seseorang tu. Yang behind the scene macam mana individu tersebut bangunkan semua tu, masa dengan keluarga yang dia terpaksa korbankan, kesayangan ada dekat sebelah pun terpaksa diabaikan, kita tak tengok pulak."
TAK SEMUA SUAMI MACAM DATUK K, KALAU ISTERI BUKAN SITI NURHALIZA. FOTO: FACEBOOK
Dalam catatan sama, pengguna Facebook itu juga menulis yang akhirnya dia faham kenapa ada orang berjaya dan ada orang tak berjaya. Sebabnya mudah: Lagi besar kejayaan, lagi besar cabaran sebenarnya. Bukan semua suami memahami macam Datuk K yang tak kisah isterinya milik rakyat. Bukan juga semua orang macam Vivy Yusof yang sabar je melayan karenah semua orang.
Kita yang biasa-biasa ni pun kalau disuruh berdiri 4 jam sebab orang nak bergambar boleh mengamuk dah kot? Penat lah nak mantain senyum semua padahal tak semua orang yang bergambar tu kita kenal.
Begitulah, kisah kejayaan. Agak-agaknya kita ada tak kualiti yang diperlukan untuk berjaya? - CARI
|