Baru-baru ini tular perkahwinan seorang lelaki berasal dari Malaysia dan juga seorang wanita dari Jepun.
Siapa sangka perkenalan bermula dari Facebook ini akhirnya melangkah ke peringkat yang lebih serius apabila Mohd Norfaizad sanggup terbang sehingga ke Osaka untuk melamar Anna Farhana Tanaka.
Yang paling melucukan ialah Anna baru perasan yang dia tertinggal baju nikahnya pada hari pernikahan. Bukan calang-calang tau, sebab tertinggal di Jepun sana!
Pun begitu, nasib baik rakannya ada baju kurung yang mempunyai rona biru seakan baju nikahnya yang asal.
Kredit foto: Instagram
Walau bagaimanapun, Alhamdulillah majlis nikah itu berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit kekalutan yang sempat diselesaikan. Kalau tidak habis tak jadi nikah!