Sejak tular tentang Fashion Valet yang dimiliki Datin Vivy Yusof mengalami kerugian RM10 juta walaupun dapat pelaburan PNB, macam-macam reaksi warganet.
Ada yang mengutuk berjemaah atau juga yang cuba menjelaskan tentang maksud sebenar kerugian dalam perniagaan, tapi penjelasan itu akhirnya membuat ramai orang semakin tidak faham keadaan sebenar.
Tetapi, lelaki di Facebook ini berjaya menjelaskan konsep rugi menggunakan bahasa mudah.
SEMUANYA KERANA NAK KEMBANGKAN PERNIAGAAN
FOTO: FACEBOOK
Katanya, rugi itu adalah untuk mengembangkan perniagaan bila keuntungan mendatar. Jadi, keuntungan sebelum ini perlu dijadikan modal untuk mengembangkan perniagaan.
Dan biasalah apabila perniagaan mula nak naik, memang akan mencatat rugi terlebih dahulu, tapi kerugian itu adalah disebabkan modal yang dikeluarkan untuk mengembangkan perniagaan.
RUGI UNTUK PELABURAN
FOTO: FACEBOOK
Dia juga mengecam tindakan orang ramai mempertikaikan keputusan Vivy mengambil gaji besar kerana baginya, usahawan itu layak melakukannya.
DAH MEMANG REZEKI DIA
FOTO: FACEBOOK
Anda setuju ke dengan pandangan lelaki ini? - CARI |