CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10758|Reply: 86

"Boleh Perah Kuah Laksa Ni.." - Gadis Terkilan Beli Laksa Berintikan S

[Copy link]
Post time 8-7-2019 03:20 PM | Show all posts |Read mode
Kalau beli makanan di luar pasti ada yang sedap dan yang tak berapa nak kena dengan tekak kita. Iyalah, nampak macam sedap di luar tapi balik rumah rasa macam hauk pula.

Sikap peniaga yang tidak jujur kadang-kadang boleh buat hati pembeli berasa tertipu. Sebaiknya sebagai peniaga usahlah menipu dalam berniada sama ada dari segi harga dan ramuan. Perkara itu bukan sahaja membahayakan malah boleh menjejaskan perniagaan sendiri.


Seorang gadis di twitter telah mendedahkan bahawa dia telah membeli sebungkus laksa namun telah menemui benda 'pelik' dalam laksa yang dibelinya. Menurutnya, kuah laksa yang dibeli itu seakan menyerupai kertas dan tidak hancur apabila dijamah. Malah boleh diperah!







Isi laksa tak hancur dan boleh perah




Tak tahu nak report atau tidak..




Lebih mengejutkan, hasil perkongsian gadis tersebut telah mendedahkan memang ada peniaga yang bersikap seperti ini. Makanan yang dijual dicampurkan dengan kotak, surat khabar supaya makanan yang dijual nampak 'banyak' dan menarik.



Memang ada peniaga macam ni..



Baik 'check' betul - betul


'Trick' supaya kuah nampak lebih pekat



Buat laporan dekat KPDNKK!




Dasyat betul kalau perkara ini bernar terjadi. Tergamak betul kalau peniaga sanggup meletakkan bahan terlarang dalam masakan atas dasar ingin mendapatkan keuntungan lebih. Anda ada pengalaman dapat makanan macam ni tak? Kongsikan dengan kami. - CARI




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2019 04:37 PM | Show all posts
Edited by EvieWanKenobi at 8-7-2019 04:38 PM

pertama kali tengok kuah pun dah
rasa pelik sebab kalernya macam tu..

tak pernah terfikir langsung penjual
sanggup menipu sampai macam ni..



Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru kutahu ada peniaga campur surat khabar dengan kertas tisu dalam kuah laksa. Kejamnya. Mujur jua aku bukanlah penggemar laksa. Kalau hitam tu ada je orang letak petis dalam kuah laksa. Tapi err tisu??? Sokabar?? Agak2nya ape lagi trick peniaga ni ye nak melariskan jualan so orang suka beli makanan dia. Pisang goreng rangup letak kapur siling dalam tepung, letak straw dalam minyak. Kuih muih tradisional bermacam warna sebab letak bagai2 pewarna makanan tiruan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 04:40 PM | Show all posts
pergi report

pastu ko pergi gerai yang ko beli kasi dorang mengaku
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
eii, memg ade yg buat mcm ni.adoiii
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 04:45 PM | Show all posts
Hantu laksa kena check betul-betul sebelum makan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2019 04:46 PM | Show all posts
kalau bab campur tisu memang dah lama aku perati. ramai je yang buat. dan aku ban terus kedai berkenaan.

surah ke surat ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku hantu laksa penang...dan mmg pnh dgr org buat mcm tu..tp laksa aku buat sndr.ikan 3 ekor pun onzz je..laksa segera kering stok wajib kat rmh.buat kuah simpan dlm peti blh la 2,3 hr mkn.time nk mkn rebus laksa...Asalnya selalu beli.tp klu beli biasa seller kedekut kuah..xsyok mkn.terus aku google bljr buat sendiri.skrg dh cekap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2019 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat la meniaga tak jujur
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 04:55 PM | Show all posts
laksa kaler gitu biasanya laksa penang, kalau letak otak udang mmg kaler dia jadi gelap ditambah dgn diperangat berkali2. kalau isi ikan di blend sampai lumat mmg akan dapat kuah yang pekat giler2..kalau peniaga yang murah hati dia buatlah camni.. hat yang ni tak berani cakapla..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
isseliparjepun replied at 8-7-2019 04:39 PM
Baru kutahu ada peniaga campur surat khabar dengan kertas tisu dalam kuah laksa. Kejamnya. Mujur jua ...

Klu xsilap nk bg kuah pekat..dh lama bnda ni berlaku.skrg pn masih ada upanya
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 05:00 PM | Show all posts
surah khabar tu ape plak . surah al-baqarah penah la dgr gak . hhahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sijil halal ke tak tu? Xpe, busuk2 pon Melayu kita jugak kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2019 05:03 PM | Show all posts
winamp05 replied at 8-7-2019 04:46 PM
kalau bab campur tisu memang dah lama aku perati. ramai je yang buat. dan aku ban terus kedai berken ...

alamak silap pulakkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku hantu laksa yg letak sardin tu.. Aku sarankan, kaau kuah dia hitam macam ni, jangan beli
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 05:21 PM | Show all posts
Gila letak kertas, tissue etc. mengarut sangat dah peniaga sekarang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2019 05:25 PM | Show all posts
ermmmm...naik segan tengok kaumku sanggup nak racun sedara sendiri.....kat mana sikap kita sebagai saudara seagama??....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ni suka laksa.. Selalu buat sendiri.. Setahu aku kalau guna ikan selayang.. Bukan saja isi byk tp kuah pun pekat.. Kalau aku rajin.. Aku suka rebus udang lipan, isi tu ambik sikit mesin campur dgn laksa dan kulit mesin bagi dptkan air.. Hasilnya kuah laksa dekat + lemak sbb udang lipan tu lemakkan kuah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu-dulu pernah ada kes inti pau kacang hitam tu dicampur dengan surat khabar... Na'uzubillah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Eeeiiii jahat punya peniaga...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.130200 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list