Pelakon dan juga model Bella Dally atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally baru-baru ini meluahkan rasa kurang senangnya atas tindakan produksi JS Picture kerana menyalah guna gambar kahwinnya bersama bekas suami, Nazim Othman sebagai salah satu prop dalam drama terbitan mereka iaitu Silang.
Drama lakonan Nazim Othman dan juga Emma Maembong itu menjadi bahan bualan warga maya apabila mereka menyedari terdapat sesuatu yang tidak kena pada gambar Emma yang telah disunting sehingga sampai ke pengetahuan Bella.
Kredit foto : Beautiful Nara
Terima mesej daripada rakan dan peminat tentang gambar kahwin disunting, tukar wajah Bella kepada Emma.
Kredit foto : Beautiful Nara
Menerusi status yang dimuat naik oleh Bella ke Instagram miliknya semalam, Bella mengakui menerima banyak mesej daripada rakan, keluarga dan peminat berhubung isu tersebut.
Kredit foto : Beautiful Nara
Tambah Bella, sejurus mendapat tahu mengenai perkara tersebut dia segera menghubungi sendiri pemilik produksi tersebut iaitu Sheila Rusly untuk mendapatkan kepastian.
Sheila akui kesilapan dan mohon maaf kerana tidak sensitif tentang perkara tersebut.
Kredit foto: Beautiful Nara
Pekerja yang bertanggungjawab melakukan suntingan prop tersebut turut memohon maaf kepada Bella.
Kredit foto : Beautiful Nara
Bella juga berharap agar perkara sebegitu tidak akan berulang lagi pada masa hadapan dan telah memadam postingnya.
Apa pun diharap pihak produksi tidak memandang enteng perkara-perkara yang boleh mengganggu sensitiviti orang lain dan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku. -CARI |