Rania Zara Media berkongsi surat pelantikan sebagai ahli CCM Malaysia dalam laman Facebook miliknya. Kredit foto: Facebook
Keputusan Kementerian Kesihatan melantik seorang transgender, Rania Zara Medina sebagai ahli Country Coordinating Mechanism (CCM) Malaysia menerima bantahan keras daripada sebahagian besar netizen.
Mereka mempertikaikan mengapa Rania diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab dalam membanteras gejala AIDS dan HIV dalam kalangan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Rata-rata netizen berpandangan, Kementerian Kesihatan sepatutnya melantik bekas transgender yang sudah insaf dan kembali ke pangkal jalan.
Salah seorang netizen turut menganggap tindakan melantik Rania sebagai ahli CCM Malaysia boleh disalahertikan sebagai pengiktirafan terhadap gaya hidup songsang yang diamalkan golongan LGBT.
Kredit foto: Facebook
Turut dipersoalkan netizen adalah perkataan 'puan' bagi merujuk kepada Rania seperti yang digunakan dalam surat pelantikan yang ditandatangani oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye.
Mereka menegaskan, Rania tidak layak digelar 'puan' kerana dia sebenarnya seorang lelaki walaupun penampilannya menyerupai wanita.
Netizen juga mempertikaikan mengapa surat rasmi daripada Kementerian Kesihatan dialamatkan kepada Rania Zara Medina dan bukan nama sebenarnya seperti yang tertera dalam kad pengenalan.
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Walaupun teruk dikecam, Timbalan Menteri Kesihatan tetap mempertahankan keputusan tersebut malah, Dr. Boon Chye dalam satu kenyataan pada 9 Julai menyatakan, pelantikan Rania adalah mengikut prosedur sedia ada.
Katanya, CCM Malaysia telah ditubuhkan atas keputusan Jemaah Menteri pada 2009 untuk menangani penyakit HIV/AIDS menggunakan dana sumbangan Global Fund.
Kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan. Kredit foto: Facebook
Timbalan Menteri Kesihatan tidak menjawab isu nampaknya kerana yang dipersoalkan adalah lantikan Rania dan bukannya penubuhan CCM Malaysia. - CARI |