Jika kita pernah terpaksa bermalam di wad pasti ada rasa seram sejuk sikit kan apabila malam menjelma. Yalah, hospital kan tempat orang sakit malah mungkin katil yang kita inap itu pernah berlaku kematian suatu ketika dahulu.
Semalam, tular di media sosial Twitter apabila gambar yang memaparkan seorang wanita tua yang kelihatan berjalan terbongkok-bongkok di dalam wad pada jam sekitar 2 pagi.
Yang menjadi punca kekecohan apabila gambar itu dikatakan diambil oleh doktor yang bertugas dan doktor tersebut bertindak menegur wanita tua itu tetapi tidak mendapat sebarang respon. Yang menambahkan lagi perasa, wajah wanita tua tersebut agak menakutkan dan kelihatan seperti hantu.
Tambah doktor tersebut, wad tersebut tiada warga emas yang ditahan dalam wad tersebut lantas mengaitkan dengan perkara misteri di hospital yang terletak di Negeri Sembilan itu.
Gara-gara gambar tersebut, kecoh seketika laman twitter kerana sekali imbas, memang menakutkan jika benar ianya hantu. Namun, ada juga yang tidak setuju dengan tindakan memuat naik gambar tersebut kerana hal sebenarnya, 'hantu' tersebut memang benar pesakit di dalam wad itu. Macam-macam!
Perkara ini didedahkan sendiri oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan apabila mereka tampil memberi penjelasan dan mengesahkan kelibat wanita itu sememangnya salah seorang pesakit di hospital itu di laman Facebook.
Jabatan Kesihatan menyelusuri posting mereka juga meminta jasa baik mana-mana pihak yang memuat naik mengenai perkara tersebut supaya memadam demi menjaga privasi pesakit dan waris warga emas yang terlibat. - CARI
|