Pasti ramai yang tidak tahu, di Amerika Selatan terdapat banyak kumpulan katak yang cantik, tapi sangat berbisa dan boleh membawa maut!
Katak jenis ini diberi nama Poison Dart Frog atau Katak anak panah kerana racunnya yang berbisa itu digunakan pada jarum sumpitan dan anak panah orang asli di Amerika Selatan untuk tujuan berburu.
kredit foto activewild.com
Kebanyakan katak yang menghuni hutan Amazon sangat cantik dan berwarna warni. Satu perkara yang perlu diketahui tentang rahsia alam adalah warna terang seperti merah dan jingga serta warna-warna terang lain adalah sebagai amaran atau petanda sesuatu haiwan itu beracun.
Tidak seperti ular dan kala jengking di mana bisa racun digunakan untuk tujuan memburu mangsa, racun pada amfibia ini digunakan untuk mempertahankan dirinya sendiri daripada gangguan sekeliling. Namun, racunnya sangat kuat sehinggakan ayam atau anjing boleh mati hanya disebabkan sentuhan pada tuala atau kertas yang dilalui oleh katak ini.
Apa yang menarik mengenai katak beracun ini adalah, racunnya datang dari sumber makanannya sendiri. Ini bermakna, tanpa makanan itu, takkan ada racun pada badan katak tersebut.
Jom kita lihat katak dari kelompok beracun dan berbahaya, tetapi sangat cantik!
kredit foto blog.nationalgeographic.org
kredit foto flickr.com
kredit foto panamaadvisoryinternationalgroup.com
kredit foto Dirk Ercken
kredit foto wikipedia
kredit foto sites.psu.edu
kredit foto brilio.net
kredit foto brilio.net
kredit foto brilio.net
Cantik bukan? Tapi hati-hati, jangan tertipu dengan kecantikannya. Jangan cuba-cuba mendekati katak-katak ini. - CARI |