Ayda Jebat teruja kerana bakal mengadakan persembahan unik pada ketinggian 38,000 kaki.
Kredit foto: IG Ayda Jebat
Malah, persembahan itu dijangka tercatat dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai persembahan muzik secara langsung di paras tertinggi!
Lapor Astro Gempak, persembahan itu diadakan sempena penganjuran Minggu Muzik Malaysia 2019 (MMM 2019).
Difahamkan, bekas bintang Akademi Fantasia musim ke-9 itu akan menghiburkan penumpang selama setengah jam menerusi penerbangan AirAsia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), Sepang menuju ke Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Ogos.
" eluang ini membuatkan saya rasa sangat teruja. Terima kasih kepada pihak penganjur kerana mempercayai bakat saya dan saya sendiri rasa tak sabar untuk menghiburkan peminat dan penumpang di hari persembahan kelak.
" astinya, ia akan menjadi satu pengalaman yang berbeza dan tidak akan saya lupakan... Maklumlah, saya bakal menyanyi di ketinggian 38,000 kaki di aras laut," kata Ayda kepada Astro Gempak.
Wah, tak nak kalah dengan sidang media atas awan Azharina ke ni? - CARI
|