Minggu ini Malaysia dikecohkan dengan isu rumah tangga Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan Rihana Oksana Petra, sampaikan Istana Kelantan terpaksa keluarkan kenyataan menjelaskan penggunaan nama dan status.
Bermula dengan kisah cinta panjang lebar mereka yang ditulis sampai tiga bahasa, berita perceraian talak tiga mereka mengejutkan banyak pihak.
DAH JADI SEJARAH? FOTO: INSTAGRAM
Sampai, Yana Samsudin pun terheret sama dianggap warganet sebagai kepoci. Sibuk je!
Tetapi, dalam banyak-banyak komen terhadap kepoci Yana Samsudin itu ada satu komen yang menarik perhatian.
Seorang pengguna Instagram yang gambar profilenya menggunakan pintu masuk Istana Kelantan mendakwa hubungan mereka sudah retak sejak tahun lepas lagi.
DAH LAMA RETAK? FOTO: INSTAGRAM
Keretakan ini bermula bila Sultan Muhammad V murka Rihana mendedahkan gambar dan video pernikahan mereka kepada media Rusia. Tetapi perceraian itu tertangguh kerana Rihana tak setuju untuk bercerai.
Tak tahu lah betul atau tidak, akaun pengguna tu pun private, susah nak godek.
Tetapi, kalau difikirkan semula Rihana di akaun Instagramnya (siap ada "blue tick" tanda "rasmi dan sah") tidak pernah memuat naik gambarnya bersama Sultan Muhammad V ketika mengandung atau bersama anak mereka.
Pelik juga kan, selalunya pasangan yang baru kahwin dan dapat anak ni, seboleh-boleh nak tunjuk satu dunia kebahagiaan mereka. Sampai rasa nak "block" pun ada, sweet sangat!
Begitulah kisahnya...- CARI
|