Selepas seorang wanita warga emas cedera Mei lalu, hari ini berlaku kes sama di mana tong gas petroleum cecair (LPG) meletup di sebuah rumah di Jalan Pulasan 21, Taman Kota Masai Johor Bahru.
Kredit foto: Harian Metro
Menurut Harian Metro, kejadian jam 7.30 pagi itu menyebabkan seorang wanita cedera, manakala beberapa bahagian rumah mengalami kerosakan seperti pintu dan tingkap kaca dapur serta ruang tamu dan bumbung.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Razali Husin mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.36 pagi sebelum tujuh anggota bersama jentera dikerahkan ke lokasi.
Kredit foto: Kosmo!
Sebaik tiba, anggota mendapati mangsa yang identitinya tidak diketahui sudah dibawa keluar oleh jiran dan dihantar ke hospital.
Hasil pemeriksaan mendapatitiada kesan kebakaran dalam rumah berkenaan dan punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. - CARI
BACA JUGA: Nenek Cedera Gas Memasak Meletup |