Siapa tak kenal Aliff Syukri, selain hebat berniaga, dia juga "berbakat" menyanyi dan berlakon.
Walaupun dikecam peminat dan rakyat Malaysia, lagu rayanya yang bertajuk "Jom Raya" sudah ditonton lebih 2 juta kali dan meraih pendapatan RM25,000!
Tekan bawah untuk sumbang kepada lagu Aliff Syukri.
Tetapi, dia kecewa kerana merasakan "bakatnya" tak dihargai disebabkan lagunya tidak disiarkan stesen radio dan televisyen negara ini.
Memetik laporan Rotikaya, dia berkata yang nyanyian adalah hobinya, dan dia tak kisah walaupun dikecam.
"Menyanyi ini hobi dan saya akan terus menyanyi kerana saya masih relevan. Walaupun orang mengecam tapi mereka masih tengok. Contohnya lagu Jom Raya hingga mendapat jumlah tontonan yang tinggi di Youtube dan menjana pendapatan RM25,000.
BEREHAT SELEPAS KENA MAKI. FOTO: INSTAGRAM
"Tapi saya sedih sebab televisyen dan radio tak nak mainkan lagu saya. Saya pun macam penyanyi lain tapi orang tak nak sokong sedangkan ketika diluar negara orang sokong dan taja makan, hotel saya," katanya. Dia juga dalam perancangan untuk menerbitkan lagu terbaru, yang mengandungi irama dangdut pula!
LAGU SETERUSNYA....DANGDUT!. FOTO: INSTAGRAM
Tapi, rancangan itu belum kesampaian kerana dia masih mencari rakan duet yang sesuai sebab dia tak kenal penyanyi Indonesia. "Lepas ni saya nak buat lagu lagi, secara jujurnya saya nak nyanyi lagu berunsur dangdut pula. Tapi belum jumpa lagi siapa yang sesuai untuk berduet sebab saya tak kenal penyanyi Indonesia", katanya.
Kenapa perlu Indonesia, kalau Malaysia pun ada penyanyi dangdut kan? Begitulah kisahnya, orang tak suka pun, dia dapat duit. - CARI
Post time 22-7-2019 01:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
skrg dia ada prop terbaru iaitu budak bisu..muka pon iras dato alip ni.. ramai netizen memuji which is lagi la ramai org tgk.. pada aku dato ni wpon marketing bodoh tp dia bijak guna utk jana duit..
yg abag muka stim ala2 takde perasaan dlm vc dia lagu raya tu i igtkan keras.. rupanya lembut jua. hahah. ada dlm video igs dia i tertengok.
aku pun tak tgk.. best sgt ke lagu nya?
aritu mak dia sndri ckp xyh laa dia nyanyi kan, lagi dia nyanyi lagi buat org dgr kemurungan statement mak dia sendri.
analoginya begini yach... kalau eksiden dekat highway pun semua pakat2 slow nak tengok juga... walaupun takde sape yang suka eksiden... so jangan perasan semua yg tengok tu suka dengan nyanyian chuols yach