Bersih memainkan peranan dalam membantu PH menumbangkan Barisan Nasional. Kredit foto: Carian Google
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa menyalurkan peruntukan untuk membiayai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tanpa syarat dan had.
Permintaan itu disuarakan oleh bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga ketika berucap dalam majlis mengutip dana untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut di Petaling Jaya pada 20 Julai.
S. Ambiga. Kredit foto: Carian Google
Memetik laporan Free Malaysia Today, aktivis dan peguam itu berkata, kewujudan Bersih adalah penting kerana ia melakukan banyak kerja semasa pilihan raya.
Jelasnya, Bersih perlu memantau keadaan bagi memastikan semua pihak bersikap secara bertanggungjawab dalam pilihan raya termasuk Pilihan Raya Negeri Sarawak yang bakal diadakan pada 2021.
"Jadi, saya ingin melihat kerajaan ini, walaupun dikritik Bersih, berkata mereka akan memberi Bersih bentuk pembiayaan supaya mereka dapat menjalankan tugas penting mereka," katanya.
Demonstrasi jalanan Bersih dicemari dengan insiden keganasan. Kredit foto: Carian Google
Ambiga menambah, peranan Bersih juga akan berubah sebagai gerakan untuk demokrasi dengan mengemukakan tuntutan baharu seperti mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada dua penggal.
Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis berkata, kerajaan PH memang patut membiayai Bersih yang banyak 'berjasa' kepada mereka.
"Tapi jika ambil duit dari PH, bagaimana masih nak mengaku diri adalah berkecuali?" soalnya melalui status dalam laman Facebook beliau.
Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa bertindak apabila peserta-peserta demonstrasi Bersih mula merusuh. Kredit foto: Carian Google
Ada betulnya juga kata Najib itu kerana Bersih pasti akan berdepan dilema untuk mengkritik kerajaan yang menyalurkan peruntukan kepadanya. - CARI |