"Bakal isteri saya nanti kena berlapang dada menerima ibu saya."
Pencetus Ummah Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz mengakui tidak kisah dilabel sebagai seorang 'anak emak'.
Kredit foto: IG teamrizz_ismail
Sebabnya, hampir semua perkara berjalan lancar apabila dia menuruti semua kehendak ibunya termasuk dalam hal menyambung pelajaran.
"Banyak benda yang saya ikut kehendak ibu saya, ia menjadi. Bukan diberi rezeki yang sedikit tetapi melimpah ruah.
"Saya masuk dunia seni pun atas restunya. Jadi apa salahnya saya penuhi hasratnya yang mahu saya berjaya dalam akademik.
"Ikutkan, apabila sudah ada duit di tangan hasil menjadi penceramah dan bergelar anak seni, saya memang rasa berat hati nak sambung belajar lagi," katanya kepada Astro Gempak.
Kredit foto: IG/mStar
PU Riz bagaimanapun akui dia perlu menjadi realistik kerana menuntut ilmu bukanlah sesuatu yang merugikan.
"Saya tidak kisah orang nak gelarkan saya 'anak emak' kerana ibu tetap nombor satu. Ini dari hati saya.
"Saya tetap konsisten ibu nombor satu kerana hidup seorang anak lelaki memang kena utamakan ibu. Tetapi hidup seorang perempuan, suami nombor satu," tegasnya.
Tapi, tidaklah sampai mengabaikan isteri terus kan. Menurut PU Riz, dia akan berusaha mewujudkan keharmonian dalam keluarga dan dalam masa sama, menyayangi kedua-dua ibu serta isterinya.
Kredit foto: IG
Ada ke yang berkenan nak jadikan PU Riz sebagai peneman hidup ke? - CARI |