CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5908|Reply: 29

Bangunan 'Stand-Alone' Tealive Di Pulau Pinang Adalah Yang Pertama Di Dunia!

[Copy link]
Post time 26-7-2019 10:02 AM | Show all posts |Read mode
'Bubble tea' atau lebih mudah dipanggil sebagai Boba telah menjadi trend terbaru di Malaysia. Secara tiba-tiba, demam Boba melanda Malaysia dan boleh dikatakan hampir semua orang pernah merasa air 'bubble tea'.


Jenama-jenama baru pula tumbuh bagai cendawan oleh kerana permintaan yang sangat tinggi daripada pelanggan di Malaysia.





Kredit foto: Discover KL





Turut tidak terkecuali, Tealive juga merupakan salah satu jenama yang sudah lama bertapak di Malaysia dan menjadi kegemaran rakyat. Mendapat sambutan yang sangat baik di Malaysia, Tealive telah membina sebuah bangunan 'stand-alone' yang membolehkan pengunjung untuk pandu lalu.


Konsep ini dikatakan yang pertama di dunia dan tidak pernah dibuat oleh mana-mana syarikat minuman 'bubble tea'.




  









Untuk mereka yang mahu ke lokasi ini, anda boleh berbuat demikian dengan berkunjung ke Setia Sentral, Pulau Pinang. Bukan sahaja anda boleh 'drive-thru', francai Tealive ini turut mempunyai ruang duduk yang agak luas buat pengunjung. Bolehlah meluangkan masa anda di sini!





Kredit foto: Instagram TealiveAsia





Kredit foto: Instagram TealiveAsia





Kredit foto: Instagram TealiveAsia





Meskipun keenakan 'bubble tea' tidak boleh dinafikan, kawal pengambilan gula anda kerana penggunaan gula di dalam satu hidangan 'bubble tea' amatlah membimbangkan. Minum sekali sekala saja, okey! - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2019 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Seriously i x pernah minum tealive ke chatime ke ape2 je la yg konsep mcm ni..bkn sbb jage kesihatan ke ape..sbb i bygkan telur katak..giant gak la katak kan kl telur besar tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah rasa dah, biasa je rasanya. Tak berbaloi la kalau minum banyak kali. Semoga @Boomibulat tak ketagih minuman ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 26-7-2019 10:27 AM
Dah rasa dah, biasa je rasanya. Tak berbaloi la kalau minum banyak kali. Semoga @Boomibulat tak keta ...

Pnh skali je...x ketagih.klu org bg ketagih jgk kut
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 10:39 AM | Show all posts
Iols dah hadkan pengambilan bubble tea ni seminggu sekali jer.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 10:57 AM | Show all posts
sedap .. tapi belum sampai  ketagih lah.. sebulan sekali ok lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2019 11:47 AM | Show all posts
meols lg laa tak penah merasa lg. kesian kann. tiap kali pegi tealive ke boba ke msti beratur pnjg. tak koser laa nk q pnjg ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 12:01 PM | Show all posts
iols suka, tapi baru sekali beli tealive. Beratur panjang ko, kowser sangat. Selalu beli kat foodpanda je tapi brand lain la..janji bubble tea
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2019 12:40 PM | Show all posts
dlm byak2 iols suka the KOI, rasa dia just nice x ada yg berlebih.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 01:48 PM | Show all posts
RumiMenari replied at 26-7-2019 10:22 AM
Seriously i x pernah minum tealive ke chatime ke ape2 je la yg konsep mcm ni..bkn sbb jage kesihatan ...

iols tak pernah beli and tak pernah minum air yang buble buble ni
selalu tengok kawan kawan je beli

dari iols beli ni baik beli setabak




Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 03:24 PM | Show all posts
iols suke tealive ni dari dulu...especially coklat strawberry dia..

cool blog pon sedap..tapi dah tak byk, padahal cool blog buat macam2 range drinks ari tu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 03:56 PM | Show all posts
Wah siap ada pandu lalu pula
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan sekejap je dah la.. sbb benda2 ni bermusim..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
I suka sgt shaken coffee dia tp sejak boba trending ni malas nak beratur pjg2 lama2 baik g minum starbucks or coffee bean sbb i beli air je takde boba pn
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 10:54 PM | Show all posts
eiiiii takut tengok kaki dia


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2019 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaka pemenat bubble tea sejak mula2 kenal bubble tea centre point KK...

But now taubat nasuha...gula dan kolesterol dan bubble tea berpisah tiada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2019 09:19 AM | Show all posts
mieymiey replied at 26-7-2019 10:39 AM
Iols dah hadkan pengambilan bubble tea ni seminggu sekali jer.

kerap jugak tu uolss..
before ni berapa kali seminggu?

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2019 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
kroit92 replied at 26-7-2019 10:54 PM
eiiiii takut tengok kaki dia

Da kenapa....kaki pulak d teleknya
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2019 12:00 PM | Show all posts
rukia2 replied at 27-7-2019 10:54 AM
Da kenapa....kaki pulak d teleknya

view dari belakang nampak pelik. macam bengkok
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2019 01:27 AM | Show all posts
Uish harga cmne pulak? Level2 starbucks dah kalau yg "premium". Yang standard pun dah beberapa sen lagi nak RM10.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.091258 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list