View: 20138|Reply: 105
|
Kerana Mulut Celupar Dan Kisah Cinta, 10 Pelakon Lelaki Ini Gagal Menyerlah Wala
[Copy link]
|
|
Kita nampaknya ketandusan pelakon lelaki yang boleh dijadikan ikon berbanding pelakon wanita yang lebih menyerlah. Tiada nama-nama yang begitu diingati kecuali beberapa nama yang sentiasa menjadi pilihan prosedur seperti Remi Ishak. Manakala yang lain mula-mula sahaja menyerlah kemudian jatuh hingga ada yang tidak kedengaran namanya.
Mengambil kira tahun 2008 hingga 2015, 10 aktor ini dikatakan mengegarkan industri seni tetapi dek silap percaturan, mereka tidak begitu menyerlah walaupun berbakat.
Menyorot carta yang dinamakan "10 Aktor Who Fell From Grace", pengulas hiburan media sosial, Sepit Siput menyenaraikan alasan-alasan yang ada benarnya juga.
Ditempat ke-10, Izzue Islam pada mulanya diramalkan oleh wartawan sebagai pelakon menyerlah kerana memiliki pakej lengkap, namun kerana terlalu mencuba semua bidang membuatkan ramai yang tidak jelas hala tujunya. Sekejap menyanyi, menjadi juri, duta dan tahun 2019 terlalu caca marba selain deretan filemnya gagal di pawagam.
Begitu juga dengan Sharnaaz Ahmad yang biarpun kekal aktif namun dek kerana kelancangannya mengkritik apa jua isu membuatkan pesonanya tidaklah sehebat pelakon zaman-zaman terdahulu seperti Eman Manan dan lain-lain.
Shah Jazle dan Syed Ali pula antara yang tidak bijak menguruskan karier masing-masing sehingga merundumkan aktiviti seni mereka. Shah yang terpalit dengan isu kontroversinya manakala Syed Ali pula hampir tidak dikenali penonton selain dikatakan terlalu 'Angkasapuri'.
Kredit foto: IG
Sementara itu, Fizo Omar juga turut tersenarai antara pelakon yang tidak menyerlah dalam dunia lakonan walaupun diwar-warkan sebagai pelakon pelapis. Antara kelemahannya ialah bersikap terlalu menonjolkan yang tidak perlu serta sibuk memberi seminar berniaga tetapi tidak nampak perkembangannya. Berlainan dengan Gambit yang tidak mesra media membuatkan dia lebih senang bekerja di belakang kamera.
Nas T dan Zain Saidin pula disifatkan tidak bijak merebut peluang ketika mereka masih muda hingga kini akhirnya sendu dalam dunia hiburan kecuali Zain yang menjadi suami kepada Che Ta.
Kredit foto:
Dan inilah dia tempat kedua dan pertama iaitu Dazrin Kamarudin dan Johan A'sari yang sememangnya memiliki bakat besar dalam dunia lakonan. Namun Dazrin yang penampilannya agak garang serta sindrom anak orang kaya membuatkannya agak kurang diterima peminat. Sementara itu Johan pula dilabelkan sebagai acah-acah 'art' tetapi sebenarnya 'over acting', terlibat dalam kisah bersiri cinta yang tidak berkesudahan dan sangat pelik.
Kredit foto: IG
Jika dilihat, wajah-wajah yang dipaparkan disini adalah diawal kemunculan mereka. Tidak hairanlah semuanya kelihatan 'fresh' bertenaga. Namun begitulah, tidak semua yang diimpikan akan menjadi kenyataan. Selain bakat, kebolehan berinteraksi dengan semua pihak, peribadi dengan tidak mencetuskan gossip liar juga antara resipi yang boleh membuatkan nama-nama ini menjadi pelakon terbaik. Apa kata anda? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemalasnya wartawan cari.. Cari la idea sendiri buat artikel.. |
|
|
|
|
|
|
|
artis xde apa2 nk digadaikan
xmcm artis pompuan gadai body dpt job |
|
|
|
|
|
|
|
Arghhhhh!!!!! Semoga dapat terjatuh dalam pelukan dorang (kecuali nenaz) sambil dorang berebut utk menyambut agar tak tercedera. Lalu menyambut dengan penuh kasih sayang.. Arghhhh!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Nas T tu last masa hlive dia kawin ngan tita.. Pas tu tenggelam |
|
|
|
|
|
|
|
sume yg tersenarai sume tk pandai berlakon..nmpk sikit2 dkt sharnaz ahmad dgn shah jazle jek..yg lain sume nmpk kekayuan sgt..nth la..masih jauh sgt nk dibandingkn pelakon2 yg aku suka..
selamat fattah amin tak tersenarai..out of list sgt kayu kayan.. |
|
|
|
|
|
|
|
rugi sia siakan bakat sebab ego |
|
|
|
|
|
|
|
nenaz berlakon best..jadi gangster, org miskin, jantan romantik..tapi mulut ya hampunnnnn..yg lelain tak berbakat mana pun..dazrin tu kayu kayan je..zain lagi la kayu |
|
|
|
|
|
|
|
Kak sepit slh info psl faisal hussein lah!!..heols dr dlu x penah ade management or manager hatta pa skalipun...sume die yg handle sndirik...he is so smart tau nk letak harge die... |
|
|
|
|
|
|
|
prince chiqqy tak masuk list ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Curlasssstttt. Apa kata ambik je sepit siput jadi editor kt bod ni |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tanya kenapa baru baru ni dazrin melepak ngan makcik dedatins termasuk keksinah? |
|
|
|
|
|
|
|
Gembit tu bg aku klau mulut tak celupar dulu rasanya heols boleh naik..kan dlu heols taknak blakon gn pelakon pmpuan rupa hodoh..wlupun heolss gn dazrin aku hampir trtukar |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex: Arghhhhh!!!!! Semoga dapat terjatuh dalam pelukan dorang (kecuali nenaz) sambil dorang berebut utk menyambut agar tak tercedera. Lalu menyambut dengan ...
Kekrol menunggumu
|
|
|
|
|
|
|
|
Gambit n dazrin rasanya dorang join industri utk suka2 je.bkn utk cari mkn sangat.ank orang kaya.so dorang xkesah pon org kenal or x |
|
|
|
|
|
|
|
Deols ni lebih kepada artis red carpet jah...
Time acara anugerah baru nampak muka.. walhal sepanjang tahun entah apa produk pon x tahu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dazrin in the list? hello what’s your product yang diingati? Muka takda ekspresi harap rambut je lawo |
|
|
|
|
|
|
|
Cari-Azza muncul lagi dgn artikel kopipes sepitsiput |
|
|
|
|
|
|
|
betul lah tu dia tersenarai antara artis yang GAGAL menyerlah
walaupun ada rupa
berlakon pon tak best
oi wartawan cari
senang je ko buat kerja ek.. curi artikel TokPit pastu buat thread
pemalas
|
|
|
|
|
|
|
| |
|