Bekas menteri pelancongan Nazri Aziz baru-baru ini tampil membela logo baharu Tahun Melawat Malaysia 2020 yang teruk dikecam netizen.
NETIZEN BODOH, TAHU MERUNGUT JE
FOTO: GOOGLE
Dilaporkan Malaysiakini, dia menggelar netizen yang mengecam logo tersebut sebagai "bodoh dan hanya tahu merungut".
"Tak usah peduli apa netizen cakap. Netizen bukan cerdik pun, buat apa semua tak kena.
"Netizen ni bodoh, buat apa semua tak kena, semua cuma tahu nak merungut," katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas logo baharu berkenaan dikeluarkan untuk menggantikan logo lama Tahun Melawat Malaysia 2020 yang dikeluarkan ketika dia menjadi menteri turut dikecam ramai kerana didakwa menciplak grafik stok dan tagline yang sukar difahami.
LOGO LAMA VS LOGO BAHARU
FOTO: GOOGLE
Dan bukankah logo baharu itu dibuat kerana kecaman diterima logo lama dahulu?
Lagipun, netizen inilah yang mengundi, kan? Jadi, kalau netizen bodoh, yang dipilih bagaimana pula?
Apa kata anda? - CARI |