Pelakon Mimi Lana dan Syafiq Kyle memang tidak asing lagi dalam industri hiburan di Malaysia. Diakui nama mereka semakin meningkat naik, kedua-dua pelakon ini dikatakan bercinta. Betul ke?
Tidak lama dulu, ada juga Mimi Lana memuat naik foto mesra yang memperlihatkan beliau memeluk Syafiq Kyle dari belakang. Lantas, peminat yang menantikan berita kesahihan bahawa kedua-dua pelakon ini bercinta ternyata teruja selepas Syafiq Kyle sendiri berkongsi mengenai hubungan mereka kepada media, baru-baru ini.
Peminat juga tertanya-tanya kenapa hanya Mimi yang selalu memuat naik gambar bersama Syafiq, tetapi si lelaki tidak pula banyak foto bersama dikongsi dengan peminat? Dah putus cinta ke?
Menurut Mimi, foto itu dirakam ketika mereka menjalani penggambaran drama, 'Bukan Cinta Aku'.
"Ianya sekadar untuk mempromosikan drama tersebut. Orang dah sedia tahu hubungan kami dan itu bukan kali pertama saya muat naik gambar bersama," ujar Mimi ketika ditemui di Anugerah Stail EH! di Hotel Equilatoral, Kuala Lumpur.
Ketika ditanyakan mengenai status hubunga mereka berdua;
"Saya rasa kenyataan Syafiq sebelum ini dah cukup memadai untuk semua orang faham.
"Jadi, tak perlu ulas panjang-panjang dan besarkan hal ini takut berita mengenai hubungan ini lebih dapat perhatian daripada karier kami," jelasnya.
Mimi Lana atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin meminta orang ramai serta peminat untuk tidak lagi bertanyakan lebih lanjut mengenai hubungan istimewanya dengan pelakon lelaki yang semakin hangat itu kerana tidak mahu terkenal dengan gosip percintaan dan bukannya bakat dalam lakonan.
Mimi dan Syafiq ketika memberitahu tentang hubungan istimewa mereka, mengakui telah mengenali rapat antara satu sama lain sejak empat tahun yang lalu.
Ingatkan Mimi patah hati, rupanya dalam hati masih ada cinta. Doakan yang terbaik untuk mereka ya! - CARI
|