Tugas pemandu sambilan Grab bukan mudah. Selain waktu kerja tidak menentu, pendapatan pun tidak menentu ditambah pula kerenah penumpang yang boleh buat panas hati dan pecah kepala.
Baru-baru ini, seorang pemandu Grab berkongsi pengalamannya membawa pasangan yang tidak malu "ringan-ringan" dalam keretanya.
Kejadian itu kemudian dirakam untuk dipertontonkan kepada umum.
DUGAAN...
FOTO: TWITTER
Tetapi, warganet yang melihat rakaman itu merasakan tindakan pemandu berkenaan "melanggar hak privasi" penumpang.
INI LANGGAR PRIVASI
FOTO: TWITTER
Ada juga yang mempersoalkan mengapa tidak ditegur saja perbuatan tidak senonoh mereka?
PERLU DIAMBIL TINDAKAN
FOTO: TWITTER
Perkara itu dipercayai sidah diadukan kepada Grab Malaysia yang berjanji akan menyiasat perbuatan pemandu terbabit.
GRAB MALAYSIA AKAN SIASAT
FOTO: TWITTER
Apa kata anda? Rakam atau tegur?
KENAPA TAK TEGUR?
FOTO: TWITTER
Wajar atau tidak pemandu itu merakam perlakuan tidak senonoh penumpangnya? - CARI |