Beberapa minggu lepas, dunia hiburan digemparkan dengan penceraian pasangan dua sejoli Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim.
Mengikut apa yang diterangkan mereka berdua, punca penceraian adalah disebabkan tiada persefahaman di antara Mawar dan keluarga Fizo Omar.
Sumber Gambar: Instagram Fizo Omar
Meskipun isu ini masih panas dan menjadi persoalan para peminat, timbul pula isu baru apabila peminat menuduh Fizo cuba untuk memikat pembaca berita terkenal, Hawa Rizwana.
Tuduhan ini timbul apabila Fizo Omar memberi komen "Good job Hawa" di Instagram milik pembaca berita Buletin TV3 itu. Menurut posting di IG berkenaan, Hawa ialah antara individu bertuah dipilih untuk melaporkan Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI pada 30 Julai lepas dan Fizo hanya mengucapkan tahniah kepada pembaca berita itu.
Komen Fizo itu mendapat perhatian peminat yang rata-rata menyakatnya mahu memikat Hawa meskipun komen berkenaan hanyalah sebuah ucapan tahniah.
"Agak-agaklah nak try Hawa tu"
Meskipun disakat peminat, Hawa tetap tenang membalas komen Fizo Omar. Daripada apa yang boleh kita lihat, hubungan mereka hanyalah sebagai rakan sekerja dan Fizo boleh diibaratkan sebagai senior dalam dunia hiburan.
Semoga Fizo dan Mawar diberikan kemudahan dan ketenangan oleh Yang Maha Esa. Buat peminat, jangan cepat buat spekulasi okey! - CARI
|