View: 3331|Reply: 9
|
YDP Agong Pilih BTS, Peminat Bergurau Tanpa Batas Hingga Cetus Kemarahan Netizen
[Copy link]
|
|
Tanggal 30 Julai 2019, terlakarnya satu lagi sejarah bersempena pertabalan Ke-Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Yang Ke-16.
Bagi menyambut hari bermakna itu, Astro Awani telah mengadakan sesi temu ramah rasmi untuk mengenali figura ini dengan lebih rapat lagi.
Pun begitu, yang menarik perhatian apabila Yang-Di Pertuan Agong telah diajukan soalan sama ada baginda meminati kumpulan K-pop Blackpink ataupun BTS.
Susulan itu, ramai netizen mengatakan bahawa soalan itu tidak sesuai diajukan kepada baginda.
Kredit foto: Twitter
Ada yang bergurau dan berkata takut Permaisuri Agong marah, sebab itu pilih BTS dan bukannya Blackpink.
Kredit foto: Twitter
Kebanyakan peminat BTS terutamanya daripada Malaysia bersorak gembira apabila YDP Agong memilih BTS sebagai artis K-pop kegemarannya.
Namun, ada peminat yang bergurau melampau sehingga tidak tahu tertib dan dan batasan apabila bercakap tentang YDP Agong.
Kredit foto: Twitter
Seorang peminat BTS telah mempersoalkan sama ada benarkah muka Sultan Abdullah sama dengan salah seorang ahli kumpulan K-Pop itu.
Kredit foto: Twitter
Difahamkan bahawa peminat BTS ini bukanlah daripada Malaysia. Orang ramai telah cuba meminta individu ini supaya memadam entri berkenaan kerana ia tidak menghormati YDP Agong.
Warganet berasa marah kerana hal YDP Agong boleh dibuat main tanpa batas dan hormat oleh sesetengah peminat BTS ini.
Kredit foto: Twitter
Gurauan pun kena ada batasnya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
possible untuk agong kenal siapa BTS sebab dia ketua negara kot. teknologi dia lagi maju dr kita.
tapi fanatik kpop ni mintak bertenang sikit la. fans flybait pun rilek je. hahaha
nyanyi sikit
"Seketika itu sepi mencuit hati, hanya suara hujan seakan menyanyi, mendendangkan lagu syahdu
ketika ku terpegun, merenung jauh gambarmu sayangku" |
|
|
|
|
|
|
|
X minat bts..tp army dia memang over.
Mengagungkan bts mcm tuhan sampai x bole komen negatif langsung.
X bole usik kat org.
|
|
|
|
|
|
|
|
sebelum session, dah tentu ada tapisan soalan dan soalan yang ditanya tu tentunya soalan yang dapat approval. |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan secara berseloroh je untuk buat rasa lebih santai pun ada yang jadikan isu. Mustahil beliau tak tahu apa2 mengenai dunia hiburan sekarang dan apa yang menjadi kegilaan anak muda dalam dunia yang maklumat hanya dihujung jari je. |
|
|
|
|
|
|
|
Ha'ah, sana cni mnyemak. Kat YouTube pun sma, video bukan psl BTS pun ARMYs ikut mnyemak. Bila d tegur, thu lak mroyan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya tanya Awie atau Shahnaz |
|
|
|
|
|
|
|
fans kpop kebanyakan bodoh
ade ke yang bijak
banyak nye bodoh bangang taksub xpasal2 |
|
|
|
|
|
|
|
alahhh banding muka je pun, lain la dia bandingkan muka agong dengan binatang ke hape haa tu memang nak kena tikam tombak la. anyway relaks2 semua agong pun chill sajorhh kalau benci jangan over, kalau suka pun jangan overr yahh! |
|
|
|
|
|
|
| |
|