Mungkin cinta telah mengetuk pintu hati, lagipula tidak salah rasanya memandangkan penyanyi Sufian Suhaimi dan pelakon serta hos, Jasmine Suraya untuk mengulit cinta.
Baru-baru ini, Sufian Suhaimi ataupun lebih dikenali sebagai Baby Pian di kalangan peminat telah membuat kejutan istimewa kepada Jasmine yang menyambut ulang tahun ke-5 penglibatannya dalam industri seni hiburan tanah air. Sweet sangat!
Dalam majlis itu, Sufian telah menghadiahkan Jasmine dengan mendendangkan dua buah lagu kegemaran beliau di hadapan lebih kurang 30 peminat.
"Jika saya boleh buat orang gembira dengan kehadiran saya, kenapa saya tak nak buat?"
"Saya percaya momen ini diatur antara pengurusan saya dan dia (Jasmine), saya pula kebetulan tak ada komitmen lain jadi rasanya tak salah untuk saya ceriakan majlis itu."
"Jasmine pula sukakan lagu Di Matamu dan sukakan bakat saya dalam bidang nyanyian," katanya lagi ketika ditemui oleh BH Online.
Namun, Sufian menjelaskan perkara tersebut tidak perlu digosipkan tetapi mengakui meminati Jasmine dalam diam ketika menjadi hos dalam program sukan.
"Dah macam crush saya dia ni ," katanya berseloroh sambil merujuk kepada Jasmine.
Peminat Baby Pian masih ada peluang lagi ni, tak perlu kecewa ya! - CARI
|