Kasihan, seorang bayi empat bulan cedera akibat terkena durian ketika didukung ibunya.
Harian Metro melaporkan kejadian berlaku di halaman rumah mereka dekat Felda Jengka 17 petang kelmarin.
Ketika kejadian, ibu bayi itu, Norfarahana Baharuddin terdengar bunyi durian jatuh bersebelahan rumahnya lalu cuba melarikan diri. Tetapi dikatakan buah itu menimpa dirinya dan seterusnya melantun kepada anak bongsunya itu.
Kredit foto: Harian Metro
“Durian itu jatuh mengenai isteri saya terlebih dahulu, barulah melantun ke kepala anak,” kata bapa kepada bayi itu, Megat Zairulfais Megat Kamaruddin.
Difahamkan bayi tersebut, Megat Muhammad Kays, dibenarkan pulang selepas dirawat di Hospital Jengka.
Bapa bayi tersebut turut meluahkan rasa kesal kerana dikecam kerana disangka membawa bayi ke kebun untuk mencari durian. - CARI |