Usahawan kosmetik terkenal, Abang Terlajak Laris Dato' Sri Alif Syukri Kamarzaman nampaknya tidak serik dengan kecaman dan pandangan orang sekeliling kerana bakal merakam lagu duet bersama Lucinta Luna tidak lama lagi.
Kredit Foto - Instagram Aliff Syukri & Lucinta Luna
Beliau telah berkongsi berita itu di instagramnya bahawa kini beliau sedang menjalani proses latihan vokal bersama Lucinta Luna. Lagu yang bakal dirakam berjudul "Cowok Baru".
Tindakan Aliff hebat diperkatakan netizen yang nyata mengecam tindakan beliau. Ini kerana netizen beranggapan Aliff seolah-olah mempromosi golongan transgender kerana bekerjasama dengan Lucinta sekali lagi. Netizen turut mengatakan suara kedua mereka sama sahaja kerana keduanya adalah lelaki.
Instagram Aliff Syukri
Sebelum ini, Aliff pernah berduet dengan Lucinta Luna dengan lagu berjudul Bobo Di Mana dan mendapat kecaman hebat netizen dan tokoh agama di Malaysia. Apapun tahniah Aliff Syukri yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Selamat maju jaya. - CARI
|