|
Sama macam kakaknya, adik Neelofa sekarang semakin terkenal.
Orang cantik, memang mudah dan cepat sahaja dapat perhatian ramai.
Foto: Gempak
Walaupun sekarang ini Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan sedang berehat dari media sosial, tapi tetaplah namanya menjadi sebutan.
Ramai juga yang tertanya-tanya rahsia kecantikan Ameera. Lagi-lagi cara dia kekalkan bentuk badan yang cantik.
Foto: IG
Rupa-rupanya, dia dah pecah rahsia! Ameera suka pakai korset.
"Tip cantik? I pakai korset setiap masa. Sebenarnya I pakai setiap hari termasuk waktu tidur. Tak ada siapa pun yang paksa, I yang nak pakai dan mama pun benarkan," katanya kepada Nona.
Foto: IG
Menurutnya, mama Kartini dah mula pakai korset sebelum ada anak dan sekarang dah ada 10 anak badan masih maintain lagi.
Wah, patutlah cun melecun. Siapa nak tiru bolehlah beli korset ya. - CARI |
|