Korea Utara adalah sebuah negara yang penuh dengan kontroversi dan kisah pelik. Seringkali kita mendengar perkara-perkara yang tidak masuk asal, namun berlaku dan terjadi di negara yang dipimpin oleh Kim Jong-un ini.
Berikut adalah 7 perkara yang pelik tapi benar yang berlaku di Korea Utara:
1. Fesyen Barat Adalah Dilarang
Sumber Gambar: Pexel.com
Rakyat dilarang memakai seluar jeans! Ya, mungkin kedengaran pelik bagi anda tetapi sebenarnya Korea Utara sangat menentang budaya dan pemakaian orang Barat. Mengikuti budaya dan gaya orang Barat adalah sama seperti bersekutu dengan musuh mereka, Amerika Syarikat.
2. Gaya Rambut
Gaya rambut adalah terhad dan dikawal di Korea Utara. Rakyat Korea Utara tidak boleh sewenang-wenangnya memotong rambut mengikut gaya yang diminati mereka. Kim Jong-un hanya membenarkan 18 gaya rambut untuk wanita dan 15 gaya rambut untuk lelaki.
3. Panggilan Antarabangsa Diharamkan
Sumber Gambar: Josep Ferris III
Anggaran penduduk di Korea Utara ialah 15 juta penduduk, namun hanya lebih kurang 1 juta penduduk sahaja yang mempunyai telefon bimbit. Korea Utara juga mengenakan undang-undang yang ketat untuk rakyatnya yang mahu menggunakan teknologi 3G.
Tidak cukup dengan itu, panggilan antarabangsa juga diharamkan dan boleh dikenakan tindakan jika ditangkap oleh pihak berkuasa.
4. Rakyat Dilarang Mengkritik Kerajaan dan Pemimpin
Sumber Gambar: Wikipedia
Anda akan ditangkap dan dipenjara jika bercakap buruk dan mengkritik pemimpin Kim Jong-un dan keturunannya. Lebih mengejutkan, pelancong turut perlu hormat dan tunduk kepada pemimpin negara itu.
Jika anda mahu menunjukkan arah kepada patung pemimpin, anda perlu mengeluarkan semua jari sebagai tanda hormat. Menunjuk menggunakan satu jari adalah dianggap biadab dan tidak sopan.
5. Siaran Televisyen Dikawal Ketat
Siaran televisyen di Korea Utara adalah sangat ketat dan dijaga oleh pihak kerajaan. Mereka tidak mahu budaya dan pengaruh negara luar mempengaruhi minda rakyat negara itu. Dikatakan hanya ada 4 channel televisyen yang boleh ditonton oleh rakyat Korea Utara.
6. Keluar Negara Adalah Kesalahan yang Besar
Sumber Gambar: CNN
Ia adalah satu kesalahan yang besar untuk rakyat Korea Utara meninggalkan negara itu. Kerajaan mereka mengawal ketat proses keluar dan masuk ke negara itu. Jika anda tertangkap keluar negara, anda akan dipaksa pulang ataupun dibunuh. Ya, dibunuh!
7. Kawalan Ketat Untuk Mengambil Gambar
Sumber Gambar: StudyAbroad
Seperti yang anda tahu, Korea Utara adalah sebuah negara yang sangat menjaga privasi negara mereka. Pelancong kebiasaannya akan diberi amaran supaya tidak mengambil gambar kawasan pembinaan atau kemiskinan di situ. Anda juga perlu mengambil gambar yang penuh jika mahu mengambil gambar patung pemimpin Korea Utara
Sekarang mesti korang rasa bersyukur sebab Malaysia aman dan damai bukan? Sayangi negara kita! - CARI |