Kredit foto: IG hafiqhasanbasri
Bila setiap hari memasak, ada kalanya kita akan buntu memikirkan menu. Jika asyik ulang lauk sama, naik jemu pula.
Asyik masak ayam masak merah, ayam masak kicap, gulai kari ayam? Apa kata kita cuba pula masak ayam masak thai yang mudah ini. Bahan-bahan yang digunakan pun murah dan mudah didapati. Sumpah senang dan sedap! Aroy na khap.
===Ayam Masak Thai===
Bahan-bahan:
- 10 ketul bahagian ayam
- 3 sudu besar minyak masak/minyak zaitun
- 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 5-10 biji cili padi-ikut citarasa (dipotong kecil)
- 2 batang serai (dihiris halus)
- 6-8 helai daun limau purut (diracik halus)
- 5 tangkai cili kering
- 4 sudu besar kicap lemak manis (resepi asal jenama ENAQ)
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar madu
- 1 biji limau nipis
Cara memasaknya : -
1. Perap ayam dengan madu dan goreng sehingga masak - ketepikan.
2. Menggunakan minyak sama, tumis hirisan bawang putih, serai dan cili padi.
3. Masukkan ayam, madu, sos tiram dan kicap lemak manis.
3. Perahkan air limau nipis
4. Tabur daun limau purut dan cili kering
5. Tambah gula dan garam sesedap rasa. ( jika perlu)
Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
*Tip
- Tak perlu gula dan garam sebab dah cukup rasa manis dan masin dari kicap, sos tiram dan juga madu
- Resepi ini juga sesuai dimasak dengan makanan laut. - CARI
Kredit resipi: IG Hafiq Hasan Basri |