Seorang wanita mengalami detik hitam dalam hidupnya selepas disimbah asid oleh 'kekasih gelap gay' teman lelakinya.
Kredit foto: The Sun/Viral Press
Memetik The Sun, kejadian tragis di Pasay, Filipina pada 20 Julai itu menyebabkan Glory Cuerda, 27, buta di kedua-dua matanya.
Glory yang bercinta dengan John Rey Garay, 30, langsung tidak mengetahui lelaki itu bermain kayu tiga di belakangnya dengan Ramon 'Mona' Colada, 30.
Garay yang sebelum ini kantoi 'bernafsu dua alam' meyakinkan mangsa bahawa dia sudah memutuskan hubungan dengan teman lelakinya itu, tetapi masih bertemu sebagai teman biasa.
Namun, apabila Ramon mengetahui Garay mempunyai teman wanita, suspek pergi ke pusat beli-belah di mana pasangan itu bekerja sebagai pembantu kedai dan pengawal keselamatan, sebelum menyimbah asid ke wajah mangsa.
Ramon 'Mona' Colada
Kredit foto: The Sun/Viral Press
Menurut mangsa, itu kali pertama dia bertemu 'teman lelaki' Garay walaupun sebelum ini pernah mendengar khabar angin mengenai hubungan songsang teman lelakinya.
Glory yang kecewa dengan kecurangan teman lelakinya itu berkata, Garay mendakwa sudah memutuskan hubungan dengan Ramon beberapa minggu sebelum mereka mula menjalin hubungan.
Mangsa berkata, dia bertemu dengan Ramon di pintu masuk sebelah belakang pusat beli-belah berkenaan kerana lelaki itu mendakwa membawa barangan milik Garay.
Kredit foto: The Sun/Viral Press
"Dia menangis sambil mengatakan dia sangat mencintai John Rey dan mendedahkan tidak pernah memutuskan hubungan mereka," ujarnya.
Bagaimanapun, ketika ingin mengambil beg berkenaan (barang Garay), mangsa melihat suspek mengeluarkan sesuatu dari begnya sebelum dibaling ke muka wanita terbabit.
Ramon yang ditahan polis di kampung halamannya di wilayah Bicol mendakwa menyesal dengan tindakannya itu.
Kredit foto: The Sun/Viral Press
Sementara itu, doktor memaklumkan Glory ada peluang melihat semula jika mendapatkan rawatan intensif. - CARI |