Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Pepatah yang sinonim dengan nasib seorang mekanik.
Dia yang dipercayai menjadi dalang satu perlumbaan haram, berjaya ditangkap polis di bengkelnya, di Kampung Jawa, Klang pada Khamis.
Lelaki itu dikatakan baru pertama kali menganjurkan perlumbaan haram di Lebuhraya KESAS.
Kredit foto: Harian Metro
Menurut sumber polis, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan jam 3.30 petang berikutan penyiasatan terhadap perhimpunan haram di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) beberapa minggu lepas.
Lelaki tersebut juga mempunyai tujuh kesalahan jenayah lampau dan kesnya disiasat pihak berkuasa ketika ini.
Kepada mat rempit, kenapa perlu mengambil risiko berlumba di litar haram? Kalau anda memang berbakat untuk berlumba, ceburilah sukan bermotor yang sah di sisi undang-undang. - CARI |