Brownies Lemon
BAHAN-BAHANNYA
A. Untuk Adunan Brownies
- 1 cawan unsalted butter
- 1 1/2 cawan gula
- 2 sudu besar parutan kulit lemon (lemon zest)
- 4 biji telur ayam gred B
- 2 sudu besar jus lemon
- 1 1/2 cawan tepung pelbagai guna ( all purpose flour)
- 1 sudu kecil baking powder
B. Bahan Lemon Glaze
- 1 1/2 cawan gula icing
- 3 sudu besar jus lemon
- 4 sudu besar parutan kulit lemon ( lemon zest)
ARAHAN PENYEDIAAN
A. Cara-cara membuat brownies
1. Panaskan oven pada suhu 350 darjah Celsius dan alas loyang dengan kertas (parchment paper)
2. Campur tepung dan serbuk penaik (baking powder) dan gaul sebati.
3. Dalam bekas lain, masukkan unsalted butter, gula, jus lemon dan parutan kulit lemon - pukul sebati.
4. Masukkan telur satu persatu, kacau sebati.
5. Tuang pada adunan tepung di langkah 1 dan gaul sebati.
6. Tuang dalam loyang dan bakar selama 25-28 minit atau sehingga brownies tidak melekat pada lidi/pencungkil gigi pada suhu 160 darjah Celsius menggunakan api atas bawah. Pastikan tidak terlebih masak.
Usai masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
B. Cara-cara membuat Lemon Glaze
1. Campurkan gula halus, jus lemon dan parutan kulit lemon, gaul sebati.
2. Tuang glaze pada brownies tadi dan sapu rata. Sejukkan.
Untuk hasil yang lebih baik, biarkan semalaman sebelum menikmatinya.
Brownies lemon - rasanya yang masam dan haruman lemon yang menyegarkan sangat sesuai dinikmati bersama teh 'O' suam/panas. English Style sangat!. Selamat mencuba!
* Semasa parut kulit lemon, pastikan ambil bahagian kulit yang kuning sahaja. Jangan parut hingga ke isi lemon sebab bahagian tersebut agak pedar/pahit. - CARI