![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/30/084039n8xldxzdu0700flf.png)
Kerjaya sebagai penghantar makanan sebenarnya membuka peluang khususnya kepada generasi muda untuk menambah pendapatan serta memperbaiki kehidupan mereka.
Namun begitu, setiap pekerjaan ada cabarannya. Risiko semasa dijalan raya sememangnya antara salah satu cabaran yang dihadapi oleh para riders. Malah ada juga riders berdepan dengan risiko disamun seperti yang viral baru-baru ini.
Lain pula kisahnya dengan riders GrabFood ini. Menerusi perkongsian di Twitter, beliau berdepan dengan insiden yang kelihatan agak pelik dan melucukan.
Apabila tiba di rumah pelanggan, beliau mendapati tuan rumah tidak membuka pintu dan meninggalkan nota sahaja.
"Dear delivery man, do not call when you are here. Please just leave the food at the door.
(Knock three times and shout ah hoo) we will collect it ourselves. We are very shy family. Thanks"
Alasan tuan rumah tidak mahu membuka pintu adalah kerana mereka merupakan keluarga yang sangat pemalu. Namun penghantar makanan tersebut tetap melakukan tugasnya dengan amanah dan menurut sahaja arahan yang ada pada nota.
Perkongsian yang dibuat itu telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata daripada mereka telah meninggalkan komen yang pelbagai berdasarkan video yang dimuat naik.
Sebahagian daripada mereka turut sama berseloroh mengenai nasib yang menimpa rider GrabFood itu dan ada juga yang membuat andaian berkemungkinan keluarga tersebut sememangnya mempunyai masalah introvert.
Setengah warganet turut meninggalkan komen-komen nakal.
Pekerjaan ini mungkin dianggap mudah bagi sesetangah pihak namun cabaran yang perlu ditempuh penuh berliku. Nampaknya ini adalah salah satu dari 'cabaran' tersebut. - CARI
|