Dalam suasana keterujaan maksima memenuhi jemputan walimah, jangan lupa kita sebagai tetamu undangan walimah juga ada tanggungjawab yang harus dipraktik.
Kredit Foto - Google - Gambar Hiasan
Yakni, dalam apa jua perkara yang kita lakukan sekalipun, jangan lupa untuk mengutamakan adab.
Seorang pengguna Twitter, Faqihuddin kongsi pengalamannya berhadapan dengan tetamu kenduri yang pengotor. Tetamu itu telah meninggalkan lampin pakai buang yang digunakan anaknya ke dalam pinggan makanan di kenduri kahwin tersebut.
Rata-rata warganet berasa marah dan kesal dengan tindakan tetamu tersebut.
Petugas kenduri memang ada, tapi tak salah kalau kita ringankan tulang mempercepatkan dan mempermudahkan urusan semua pihak. Apa salahnya sambil buang sisa makan di pinggan ditempat disediakan, moleklah kiranya lampin pakai buang tersebut dibuang bersekali.
Betulkan yang biasa. Biasakan yang betul. - CARI |