"Cantik sangat, macam Marilyn Monroe
dan Fazura layan kami bergambar, senyum ja dia."
Biarpun filem Dendam Pontianak cuma akan ditayangkan bermula 12 September ini, namun di Singapura ianya sudah pun ditayangkan dengan nama 'Revenge of Pontianak'. Pelakon-pelakon utama filem tersebut seperti Fazura, Remy Ishak dan Hisham Hamid turut berada di sana bagi mempromosikannya.
Pastinya yang paling mendapat tumpuan ialah Fazura yang membawa watak Mina. Malahan penampilan isteri Fattah Amin dalam gaun hitam dengan gaya rambut disanggul menyamai watak Mina turut memukau ramai penonton Singapura. Lebih menarik, Fazura tidak menolak pelawaan peminatnya untuk bergambar walaupun ketika itu sedang menuju ke karpet merah.
Dengan kombinasi promosi yang hebat serta penampilan pelakon Gred A ketika malam gala membuatkan ramai yang teruja untuk menontonnya. Padanlah kutipan tiket hujung minggu di sana berjumlah SD265,000. Ianya menjadikan filem Melayu pertama yang mendapat sambutan sebegitu hebat di Singapura.
Foto - Ig
Dan lebih lucu apabila ada yang mengatakan wajah Fazura setelah disolek saling tak tumpah Fattah Amin!
Foto - IG
Tidak hanya penonton Singapura, ramai juga rakan-rakan artis yang turut memuji penampilan Fazura yang anggun tersebut seperti Fasha Sandha, Lisa Surihani, Anggun dan Ida Nerina.
|