Pelakon dan penyanyi terkenal negara, Erra Fazira dikatakan akan berkahwin lain.
Dilaporkan Harian Metro, isu itu mencetuskan kegusaran dalam kalangan produksi kerana bimbang jika Erra tiba-tiba berkahwin sehingga menganggu jadual program disertainya.
Malah, mereka juga sudah bertanyakan kepada pengurusan Erra, Mind Order Sdn Bhd tentang hal itu.
Bagaimanapun, Erra yang ditemui menafikan perkara itu.
"Saya baru pulang daripada menunaikan ibadah haji dan sepanjang mengerjakan rukun Islam kelima ini, isu mahu bernikah dalam waktu terdekat langsung tidak ada dalam kamus hidup.
"Tak tahulah pula saya kalau ada jejaka di luar sana yang mahu membuat kejutan dengan masuk meminang,"? katanya.
Betul ke?
Foto: Instagram
Dia juga hairan kenapa gosip itu boleh timbul tanpa hujung pangkal.
"Saya pun hairan macam mana cerita ini boleh timbul, sedangkan baru saja balik dari Tanah Suci. Kalau betul ada khabar angin mengenai isu mahu bernikah, mengapa tidak ada orang yang terdekat dengan saya bertanya atau memberitahu," katanya.
Bolehlah Aleesya dapat ayah baru.
Foto: Instagram
Tetapi, kalau betul apa salahnya kan? Erra pun masih cantik lagi, kalah anak dara! Doakan semuanya baik-baik sahaja. - CARI |