Penuh kontroversi, seksi dan gila-gila sudah sebati dalam diri Alicia Amin. Ramai yang melabelkannya liberal kerana sentiasa mengutarakan pandangan yang berlawanan dengan budaya Malaysia.
Namun pendedahan terbaharunya di IG Story memberi perspektif berbeza terhadap peserta Asia Next Top Model musim kelima ini.
Rupa-rupanya Alicia mengalami gangguan kejiwaan atau lebih tepat 'anxiety and depression'! Walaupun sentiasa dilihat ceria dan dikelilingi ramai orang, penyakit mental tersebut tetap menyebabkan hidupnya huru-hara.
Kredit foto:Twitter
Menurutnya lagi, banyak mesej DM diterimanya yang menyatakan ibu bapanya begini, tiada siapa pun yang nak menasihatinya dan pelbagai lagi kecaman.
Selain itu, Alicia juga turut menyarankan sesiapa yang mengalami situasi sama untuk mendapatkan pertolongan dari pakar atau profesional.
Kredit foto: IG
Baru sahaja selesai membuat persembahan di KL Fashion Week 2019, Alicia bersama supermodel lain kelihatan seronok menggayakan busana hebat dari pereka fesyen tempatan.
Tiada pula riak atau emosi tidak selesa.
Kredit foto: IG
Jadi, adakah penampilannya yang seksi dan gila-gila selama ini adalah untuk melupakan penyakit mentalnya itu? Hanya Alicia Amin mampu menjawabnya. - CARI
|