Selepas video "bebirdnya" tular, penyanyi jambu Aiman Tino mahu mengambil masa bertenang untuk menyusun kembali hidupnya.
Video panas Aiman Tino beri kesan
Foto: Twitter
Dilaporkan mStar, Aiman berkata, buat masa sekarang dia hanya mahu memerhati industri dari jauh sahaja selain memberi "peluang" kepada penyanyi baharu lain.
"Boleh dikatakan sekarang ini sebagai tempoh bertenang, saya nak perhatikan dahulu bagaimana keadaan industri hiburan dari jauh. Malah, sekarang makin ramai artis baru yang nak bina nama, apa salahnya bagi peluang kepada mereka," katanya.
Mahu bertenang dahulu
Foto: Instagram
Dia juga menafikan skandal video panas itu menjejaskan penajanya.
"Bab penajaan itu Alhamdulillah semuanya masih baik seperti sedia kala, tiada pula penaja tarik diri seperti didakwa orang luar.
"Cuma, yang terkesan mungkin dari segi pandangan serong terhadap saya. Namun, sedikit demi sedikit saya cuba dapatkan kembali kepercayaan daripada mereka," tambahnya.
Baguslah dik, ambillah masa bertenang. Jangan mudah percaya dan kongsi benda bukan-bukan lagi! - CARI |