Tidak tahan penyanyi negara mereka dikritik juri Shiela Majid, peminat Indonesia mengutuk dan mempersendakan bintang lagenda Malaysia itu sebagai tidak layak duduk di kerusi juri.
Kredit foto: Carian Google
Dalam pertandingan lagu-lagu nostalgia 80an dan 90an, Golden Memories Asia yang sedang berlangsung di negara jiran, Shiela Majid yang menjadi juri undangan telah memberikan kritikan kepada penyanyi Joy Tobing kerana mimik mukanya tersenyum gembira ketika menyanyikan lagu sedih 'Cinta Jangan Kau Pergi' dendangan asal Shiela.
Bagaimanapun, niat Shiela menunjukkan cara yang betul untuk menyanyikan lagu itu tidak disambut baik peminat Joy.
'Joy lebih bagus menyanyi daripada penyanyi asal, juri berangan nak bagi komen sedangkan dia sendiri tak mampu.
'Lebih bagus suara peserta dari juri, saya bagi 9.9 markah untuk Joy dan 6.2 markah untuk Shiela,' antara komen mereka.
Kredit foto: Youtube
Bagaimanapun, masih ada juga yang memahami niat dan kenal reputasi Shiela Majid di peringkat antarabangsa.
Kredit foto: Youtube
Golden Memories Asia adalah sebuah pertandingan antara enam negara yang dianjurkan Indosiar, antaranya Malaysia, Indonesia, Timur Leste, Brunei Darussalam, Singapura dan Filipina.
Malaysia diwakili oleh Akma, Farahwahida, Azim dan Shah Iran.
Kredit foto: Selongkar10 Blogspot
Kredit foto: Carian Google
Selain Shiela Majid yang menjadi juri jemputan minggu ini, Amy Search turut menjadi juri jemputan pada minggu lalu.
Bagaimanakah prestasi wakil Malaysia? Adakah kutukan peminat Indonesia ke atas juri Malaysia akan berlanjutan? Kita nantikan di minggu-minggu yang akan datang. - CARI |