View: 3193|Reply: 9
|
Dah 'Cop Parking' Pukul Orang Pula! - Suami Isteri Samseng Dikecam
[Copy link]
|
|
Semua orang tahu bahawa adalah menjadi kesalahan untuk meletak objek di kawasan parkir dengan tujuan untuk menanda tempat letak kenderaan.
Bagaimanapun, budaya 'cop parking' ini kerap diamalkan, apatah lagi di kawasan kompleks membeli-belah yang sibuk dan kekurangan ruang meletak kenderaan.
Kredit foto: Twitter
Lebih membahayakan lagi, ada individu yang sanggup berdiri di ruang tersebut untuk menghalang kenderaan sementara menunggu pemandu mereka tiba sehingga mencetuskan perbalahan dengan pemandu lain.
Itulah insiden yang dikongsikan seorang netizen bernama Shafika yang dipercayai berlaku di Berjaya Times Square, Isnin lalu.
Menerusi video itu, beliau melihat sepasang lelaki dan perempuan dipercayai pasangan suami isteri tiba-tiba berlari untuk 'cop parking' di sebuah ruangan kosong walaupun sebuah kenderaan Perodua Myvi sudah bersedia lama untuk masuk.
Kredit foto: Twitter
Si suami kemudiannya kembali ke kenderaan mereka memandu mendahului Myvi tersebut, sementara isteri tersebut menunggu. Ini menyebabkan pemandu Myvi naik darah dan menjerit memarahi pasangan tersebut.
Kredit foto: Twitter
Si suami yang baru sahaja meletak kenderaannya kemudian membalas jeritan tersebut dan menampar pemandu Myvi itu.
Shafika berkata, dia dan seorang kawannya kemudian melaporkan kejadian tersebut kepada pengawal keselamatan, menyebabkan pasangan tersebut bergegas pergi ketakutan.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Pemandu Myvi yang dikatakan cedera ringan bagaimanapun enggan membuat laporan polis kerana dia seorang rakyat asing dan merasakan tidak ada keperluan.
Netizen bagaimanapun mengecam tindakan kurang ajar pasangan tersebut.
Kredit foto: Twitter
Sudah sampai masanya tindakan yang lebih tegas dikenakan kepada pesalah 'cop parking' terutama buat pasangan kurang ajar seperti ini yang sanggup berlaku kasar dan mencederakan orang lain. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Biadap.. Kelmarin aku tgk geng sepet juga.. Cop parking kat us sana nun.. Sampai omputeh pujaan sepet kata depa bodoh dan biadap.. Perghh.
Sebab tu aku layan mycar or grab |
|
|
|
|
|
|
|
Again, bukan nak racist but I don't know why, I had encountered the same incident with Chinese also. Tapi ada another Chinese yang help me out that time. Thanks to the second Chinese man. Agaknyalah, dia pun malu ada rakan sebangsa bersikap begitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Makin ramai je berperangai macam ni mungkin mereka tak tahu mereka boleh didenda kalau main cop paking macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dulu kena kat rnr bukit merah time balik raya. Pepaham jelah penuh macam mn parking. Aku da signal nak masuk parking tetiba ada bmw menonong je masuk. Sedangkan aku dok tggu lama kereta nak kluar. Laki aku hon panjang2. Yg bini dia keluar cakap " sorilah, kami nak pegi sembahyang". Eh celaka macam dia sorang je nak sembahyang |
|
|
|
|
|
|
|
ni pun ada hati lg nak jual projek terbengkalai yg mewah kat rpc gengs...Allahu |
|
|
|
|
|
|
|
Kt ioi pun byk cmni. Sekali ak sua kepala nak tgk, tahu pun belah. Ak muka garang kot kahkah. Whatever |
|
|
|
|
|
|
|
Apasal kereta putih licence plate pelik jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kalau ke tempat ada valet, aku memilih untuk valet.
Bayar lebih pun takpe, janji tak stress pusing2 panas hati bagai.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|