53 tahun satu tempoh yang panjang. Seorang warga emas berusia 69 tahun nekad menembak bekas rakan sekelasnya semasa majlis reunion kerana dendam yang telah disimpan selama 53 tahun.
Kredit Foto - Mothership
Majlis itu dibuat di sebuah restoran di daerah Ang Thong di mana mereka menghabiskan masa berbual dan minum arak.
Kredit foto - Mothership: Bulat (kiri) Suthud, Bulat (kanan) Thanapat
Memetik laporan World Of Buzz dan Mothership, Thanapat, seorang pesara tentera laut bertemu semula dengan Suthud rakan sekelasnya pada tahun 1966 yang kerap membulinya dahulu.
Semasa majlis tersebut, Thanapat bertanyakan kisah beliau dibuli 53 tahun lalu di mana beliau ditanam hidup-hidup hingga hampir mati dan meminta Suthud meminta maaf atas kejadian tersebut.
Kredit Foto - Mothership
Suthud menafikannya dan enggan memohon maaf. Thanapat akhirnya bertindak mengeluarkan pistol lalu menembak Suthud di perut.
Mangsa dilaporkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Ang Thong.
Mayat Suthud kemudiannya dibawa ke kuil dan disemadikan di sana. Adik ipar Suthud berkata, abang iparnya tidak minum arak dan menghisap rokok selain tidak pernah mempunyai masalah dengan orang lain.
Thanapat dikatakan telah melarikan diri dari tempat kejadian dan kes masih dalam siasatan polis.
Nampaknya, sesetengah orang tidak betah melupakan kenangan lama. - CARI
|