Lembu turut digunakan oleh ISIS untuk melancarkan serangan di Iraq. Kredit foto: Mirror
Kumpulan militan ISIS nampaknya semakin terdesak sehingga tergamak menggunakan lembu sebagai pengebom bunuh diri di Iraq.
Memetik laporan Mirror, taktik itu dikesan dalam satu insiden di pusat pemeriksaan tentera di bandar Jalawla yang bersempadan dengan Iran.
Dua ekor lembu yang dipasang dengan bahan letupan dibiarkan merayau-rayau di lokasi berkenaan.
Walau bagaimanapun, beberapa penduduk menyedari tentang bom berkenaan dan bertindak segera memaklumkan kepada anggota-anggota tentera yang berkawal.
Anggota-anggota tentera kemudian melepaskan tembakan dan bom pada dua ekor lembu terbabit seterusnya meletup sehingga mengakibatkan seorang penduduk cedera serta beberapa bangunan rosak.
Salah satu serangan pengebom bunuh diri yang dilancarkan oleh ISIS di Iraq. Kredit foto: Carian Google
Serangan itu dikaitkan dengan saki-baki kumpulan militan ISIS yang masih meneruskan pertempuran di timur Iraq.
Seorang pegawai, Sadiq Hussein memberitahu media bahawa ISIS semakin terdesak untuk melancarkan serangan baharu.
"Ini menunjukkan bahawa mereka sudah tidak lagi berupaya merekrut golongan muda untuk dijadikan pengebom bunuh diri. Sebaliknya, mereka menggunakan lembu," katanya.
ISIS dikatakan tidak lagi mampu merekrut golongan muda untuk dijadikan pengebom bunuh diri. Kredit foto: Carian Google
Insiden itu bukan kali pertama kumpulan militan ISIS menggunakan haiwan untuk melancarkan serangan terhadap musuh mereka kerana sebelum ini, mereka menggunakan anjing yang dipasang dengan bom. - CARI |