Menurut rekod, Lufya Omar telah melangsungkan perkahwinan bersama Dr. Che Muhammad Hafiz pada November 2016 dan telah dikurniakan seorang anak perempuan yang kini telah berusia 2 tahun.
Kini, dikatakan pasangan ini telah bercerai dan telah diakui sendiri oleh sang suami. Muhammad Hafiz telah memberi kenyataan kepada portal hiburan MHE TV dan mengakui telah melafazkan cerai ke atas Lufya melalui Whatsapp.
Tambahnya lagi, dia melafazkan cerai kerana permintaan Lufya sendiri.
Foto: IG
"Saya setuju tunaikan permintaan Lufya untuk bercerai. Permintaan itu dibuat melalui perbualan Whatsapp ketika kami membincangkan tentang hal rumahtangga."
Disoal apakah punca penceraian, Che Muhammad meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi kerana pergolakan yang berlaku dalam rumah tangganya terlalu peribadi untuk dihebahkan.
"Biar kami sahaja yang tahu, tak perlu maklumkan kepada umum," - ujarnya lagi. - CARI