Hutan Kekal Dara - Taman Negara Royal Belum merupakan hutan hujan tropika tertua di dunia dan mempunyai keluasan 117,500 hektar dengan usia lebih 130 juta serta bersempadan dengan Thailand di utara dan Kelantan di timur.
Kredit foto: Google
Royal Belum telah diwartakan sebagai kawasan dilindungi oleh Kerajaan Perak pada Mei 2017 dan diuruskan Perbadanan Taman Negeri Perak.
Pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti mandi air terjun di 12 lokasi menarik, aktiviti merentasi hutan, berkhemah, berkayak, berakit, melihat spesis burung enggang, menghayati kehidupan fauna dan flora.
Memetik laporan Sinar Harian, aktiviti memerhati burung semasa musim burung merupakan salah satu tarikan di Royal Belum seperti yang dimaklumkan oleh renjer Perbadanan Taman Negeri Perak, Mohd Yusri Abdullah Sani.
Kredit foto : Perak Today - Burung Enggang merupakan burung yang paling menarik perhatian peminat burung di Royal Belum
Semasa musim memerhati burung dari bulan Julai hingga September, jurugambar alam semula jadi dari seluruh pelosok dunia akan berkumpul di Royal Belum untuk memastikan mereka mendapat gambar paling cantik.
Tasik Temenggor merupakan tarikan untuk pemancing yang pastinya tidak mahu melepaskan peluang keemasan menangkap spesies ikan seperti 'hampala' dan ikan gergasi berkepala ular atau ikan lumpur.
Kredit foto : Majalah Pancing - Ikan haruan turut ada di Tasik Temenggor, Royal Belum
Kredit Foto - Orang Perak - Tasik Temenggor, tasik kedua terbesar di Malaysia
Bagi sesiapa yang ingin bermalam di Tasik Temenggor, bolehlah menyewa 'rumah bot' dan merasai suasana malam yang sunyi dan udara nyaman tasik yang begitu mengasyikkan.
Kredit foto : Google - Antara perkhidmatan rumah bot di Royal Belum
Selain kaya dengan khazanah flora dan fauna, orang asli dari kumpulan etnik Jahai turut mendiami hutan Royal Belum. Mereka tinggal di tebing Sungai Klewang, di mana sungai tersebut dijadikan sumber air dan makanan serta jalan perhubungan untuk ke dunia luar.
Kredit Foto : Google - Perkampungan orang asli di Sungai Klewang, Kg. Klewang, Royal Belum
Tarikan lain di Royal Belum adalah seperti menjejak bunga Rafflesia, merentasi hutan ke Santuari Ikan Sungai Ruok dan bermandi-manda bersama spesis ikan di air terjun sungai berkenaan.
Kredit foto : Harian Metro - Rafflesia bunga terbesar di dunia hidup subur di sini
Kredit foto : BH Online - Aktiviti mandi bersama ikan di Sungai Rouk
Ini termasuk dapat melihat hidupan liar mahupun melawat Salt Licks yang menjanjikan keseronokan tersendiri.
Kredit foto : Google - Salt Licks tempat haiwan menjilat garam mineral
Royal Belum sememangnya menjanjikan pelbagai aktiviti menarik dan mencabar untuk dilakukan di samping memberi ketenangan jiwa buat anda kerana dikelilingi hutan tebal dan jauh dari kesibukan bandar.
Apa tunggu lagi, segeralah merancang percutian anda ke Royal Belum untuk merasai sendiri panorama hutan penuh kehijauan, pemandangan indah, damai dengan bebas menghirup udara segar yang menyamankan. - CARI |