Kredit Foto : Seminit Resipi
Kuih seri muka adalah kuih talam tradisi yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Bila dimakan, setiap gigitan terasa betapa lembutnya lapisan pulut santan dan ditambah lapisan hijau yang manis. Sepotong saja tak cukup rasanya!
Ramai beranggapan kuih ini susah dihasilkan. Sebenarnya mudah sahaja. Jom lihat resipi Kuih Seri Muka dari Seminit Resepi ini.
== Bahan-bahan ==
Bahan bawah Loyang 7 inci
- 1 cawan beras pulut
- 150 ml santan
- Sedikit garam
Bahan atas
- 3 helai daun pandan
- 250 ml air
- 150 ml santan
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 tbsp tepung jagung
- 1/2 tbsp tepung beras
- 1/2 tbsp tepung kastad
- 1 biji telur
- Pewarna hijau dan kuning
- 150 gram gula
- Sedikit garam
== Cara-cara ==
1. Rendam pulut sekurang-kurangnya 30 minit. Kemudian satukan santan dan garam.
2. Kukus pulut selama 25-30 minit.
3. Apabila sudah masak, masukkan ke dalam loyang yang sudah dialas dengan plastik. Padatkan pulut. Ketepikan.
4. Kisar halus daun pandan bersama air. Tapiskan.
5. Satukan kesemua bahan dan kacau rata. Apabila sudah rata, masak dengan api kecil hingga adunan berwap dan sedikit likat. Letakkan pewarna dan sesuaikan rasa mengikut cita rasa anda.
6. Tuangkan adunan pandan ke atas loyang pulut tadi dan kukus selama 10min.
Potong menggunakan pisau plastik apabila kuih benar-benar sejuk dan sedia dihidang. SELAMAT MENCUBA! - CARI
Kredit resipi- Seminit Resepi |