Antara Insta Famous yang sedang meningkat naik, Noreen sering kali muncul dengan video-video mencuit hati mengenai keluarganya.
Biasalah, bila dah popular akan ada golongan 'haters' dan 'fan'. Namun, apabila Noreen memuat naik videonya sedang membuang air besar (mungkin juga berlakon) yang diganggu an anak kecil, ia mendapat pelbagai pandangan.
Ramai yang tergelak kerana ia menyamai situasi mereka sendiri, tetapi ada jua pendapat yang menyatakan video itu tidak perlu, kerana ia sudah menyebarkan aib sendiri. Memadailah cerita sahaja.
Aksi Noreen yang menunjukkan detik-detiknya yang tidak tenang membuang hajat serta kedua-dua anaknya memasuki tandas sambil menangis mencuit hati ibu-ibu.
Kredit foto: FB
Apatah lagi anak keduanya menolak pintu tandas sambil menangis, disusuli dengan anak pertamanya yang menyanyi-nyanyi bersama Noreen turut menggeletek hati penonton.
Kredit foto:FB
Walaupun rata-rata ramai terhibur dengan video tersebut, ada juga yang berpendapat tidak perlu lah aksi berak pun nak tunjuk kepada khalayak? Apa perlunya semua ini?
IG
Banyak persepsi boleh dibina dari sini, sama ada kita sudah boleh menerima perkara tabu untuk diketawakan bersama atau menyimpan ianya sebagai aib masyarakat Melayu.
Nampaknya generasi sekarang lebih menyukai yang pertama iaitu tidak mengapa video berak kerana ramai yang mengalaminya. Apa pendapat anda?- CARI
|