Bila menjadi artis atau selebriti, penampilan dan fesyen memang jadi perhatian umum. Sesuai dengan kerjaya mereka, pemakaian artis memanglah kena selalu lawa dan cantik, barulah ramai peminat. Apatah lagi waktu "red carpet" anugerah kan.
Semalam, sempena ABPBH, seorang pengguna Twitter sempat membuat ulasan fesyen beberapa orang artis dalam gaya jenaka. Bukan apa, kadang-kadang artis dan selebriti ni kalau berfesyen macam tak berapa nak kena sangat. Memang minta dikritik acik bawang kan?
Selebriti ke? Foto: Twitter
Misalnya, baju Janna Nick (bekas anak kesayangan Sheila Rusly) menggayakan baju ala-ala maggi goreng.
Baju maggi goreng. Foto: Twitter
Atau, baju "gender bender" Ara Johari yang ala-ala zaman penjajah.
Baju mat saleh penjajah. Foto: BH
Tidak ketinggalan juga, pelakon Azar Azmi yang corak bajunya hampir sama dengan corak logo ABPBH!
Dah kena ikut tema sangat? Foto: BH
Baju Suhaimi Sufian pula dikatakan corak pening lalat. Boleh pening.
Baju pening lalat ke ni? Foto: Twitter
Manakala, kemeja Remy Ishak terbakar agaknya, sampai hanya pakai kot sahaja. Nasib baik badan sado.
Mana kemeja bang? Foto: Twitter
Malah, busana Mira Filzah pula agak "menyeramkan" kalau bertebaran di waktu malam.
Jangan berkeliaran Mira. Foto: Twitter
Hanesya pula tampil dengan fesyen mesra alam dibuat daripada kanopi khemah, persis sirip ikan yu.
Baju kitar semula? Foto: Twitter
Izzue Islam juga tampil dengan fesyen "maki lah aku supaya boleh popular kembali".
Lawa ke? Foto: Twitter
Anda ada komen tentang busana-busana artis semalam? Siapa yang paling lawa? Siapa yang harus dikecam? - CARI |