CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2365|Reply: 14

[Jenayah] lelaki OKU disyaki edar dadah

[Copy link]
Post time 24-9-2019 12:16 PM | Show all posts |Read mode


SEREMBAN 23 Sept. - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 45 tahun ditahan polis kerana disyaki mengedar dadah pada 18 September lalu.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, suspek yang lumpuh separuh badan ditahan di Taman Nusari Bayu dekat sini.

"Sepasukan anggota polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) telah menahan kereta dinaiki suspek.

"Pemeriksaan menemui dua ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja dianggarkan seberat 955 gram," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, ketulan itu yang dianggarkan bernilai RM4,000 diletakkan di bahagian tempat duduk belakang kereta tersebut.

Mohd. Said berkata, siasatan mendapati lelaki OKU tersebut memiliki enam rekod berkaitan dadah.

Jelasnya, ujian saringan awal air kencing yang dilakukan ke atas suspek didapati positif dadah jenis ganja.

Tambahnya, suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah mulai 19 hingga 25 September ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Jika disabitkan kesalahan suspek boleh dihukum gantung sampai mati,"









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2019 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
lumpuh separuh badan masih bole memandu meh?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia tekan pedal guna tangan ka, upside down jua
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 01:08 PM | Show all posts
alahai, cari la duit halal. awak pun bukan muda lagi.. kesian kat waris keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 01:30 PM | Show all posts
helicornia replied at 24-9-2019 12:48 PM
lumpuh separuh badan masih bole memandu meh?

persoalan yang sama ......
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 01:40 PM | Show all posts
elok la gantung sampai mati pun..xpayah menyusahkan orang..

dah la oku, menagih lagi..biar mampos je..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2019 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
arm_band: persoalan yang sama ......

ada yang boleh apply lesen kat jpj, dorang modify kete tu ikut keperluan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
ni yang kadang malas nak kesian ngan oku. mcm jiran iols oku suka sangat meminta2 kat orang kadang sampai mengugut, pastu suka jaja cerita api-apikan jiran. patutlah masa memula pindah iols dapat surat layang dari sape ntah cakap pasal jiran oku ni.rupanya betul dia cakap tu bener belaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2019 03:59 PM | Show all posts
buapakperut replied at 24-9-2019 01:50 PM
ni yang kadang malas nak kesian ngan oku. mcm jiran iols oku suka sangat meminta2 kat orang kadang s ...

cerrr cite...kepoci bawang.
surat layang dari jiran lama oku tu kot? oku pindah dari mana? gigih eehhh orang tu..tapi baik jugak dia bagitau
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dorg modify kereta tu mcmana yek
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak padan dengan keupayaan yang ada, lagi mau buat keje yang merosakkan rakyat jelata
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2019 04:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 24-9-2019 07:59 AM
cerrr cite...kepoci bawang.
surat layang dari jiran lama oku tu kot? oku pindah dari mana? gigih  ...

Iols yang baru pindah.  Oku tu memang duduk selang dua rumah. Dia suka sebab husband iols baik sgt layan die dua beranak. Yang buat surat layang tu mungkin duduk dekat2 rumah kiteorang juga, mungkin die nampak oku dan anaknya suka datang merendek rumah kiteorang. Memang gigih bace surat tu, siap ade peribahase pelik. Sejak iols tahu diorang suka meminta2 mengugut2 iols pun bolayan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2019 09:57 AM | Show all posts
habislar barang putus lagi
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2019 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Xsedar diri dh lumpuh pon buat keja2 cm tu gak lg
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2019 02:16 PM | Show all posts
kalau kat fb ni
da penuh monyet2 komen
tunjuk kad oku nnt lepas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.061814 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list