|
Berita Harian melaporkan Abby Abadi, selamat melahirkan bayi lelaki hasil perkahwinannya dengan Jay Ezzany secara pembedahan di Hospital Sungai Buloh, Selangor, jam 10.43 pagi semalam.
Bagaimanapun, sebelum itu keluarga besar Norman Hakim dan Abby berdepan detik mendebarkan dan Norman memohon netizen untuk mendoakan kesihatan Abby yang terpaksa menjalani pembedahan selepas bacaan tekanan darahnya begitu membimbangkan.
Jay Ezzany, suami kepada Abby memaklumkan keadaan tersebut kepada Norman Hakim.
Foto: Instagram Norman Hakim
Jay atau Faizal Zakaria memaklumkan, buat masa ini kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan stabil, namun anak mereka yang lahir pramatang perlu dipantau di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).
Doakan yang baik-baik untuk mereka sekeluarga. - CARI
|
|