Beberapa lelaki dan seorang wanita duduk di meja dan tidak berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan
Kredit foto: Facebook
Sikap biadab sekumpulan lelaki dan wanita yang tidak berdiri ketika lagu kebangsaan Negaraku berkumandang dalam satu majlis anjuran sebuah parti politik di Sarawak menimbulkan persoalan tentang kesetiaan mereka kepada negara.
Perbuatan itu dapat dilihat dalam rakaman video yang tular selepas dimuat naik pemilik akaun Facebook Shaow Tung Leong pada 28 September.
Walaupun hadirin lain berdiri, kumpulan yang duduk semeja itu tidak melakukan perkara sama sebagai tanda menghormati lagu Negaraku.
Malah, Tung Leong dengan angkuh menyatakan bahawa dia tidak akan berdiri untuk menyanyikan lagu kebangsaaan kerana ia tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.
"ada majlis makan malam anjuran satu parti tempatan malam tadi, apabila penganjur memainkan Negaraku,
"Keseluruhan meja itu hanya sukarelawan S4S yang tidak berdiri dan terus menjadi tumpuan para hadirin," katanya.
Dia memberi alasan tindakan itu dilakukan sebagai protes terhadap isu pembayaran royalti minyak kepada Sarawak.
Netizen yang kesal dengan kebiadaban mereka itu meluahkan perasaan geram dan berlaku pertikaman lidah dengan individu-individu yang menyokong kenyataan Tung Leong.
Selain mahu tindakan tegas diambil terhadap kumpulan terbabit, netizen turut mempersoalkan sama ada mereka benar-benar memiliki kerakyatan Malaysia.
Kredit foto: Facebook
Memang wajar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap perbuatan sebegini kerana ia boleh menjejaskan keharmonian negara dan menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat. - CARI |