Kredit foto: Astro Awani & Google
Konsert Reunion Exist gamit 1001 memori. Konsert itu bukan sahaja menyatukan semula anggota kumpulan berkenaan selepas lebih dua dekad membawa haluan sendiri.
Malah, lebih 4,000 peminat 'hanyut' dibuai emosi apabila Mamat dan Ezad Lazim beraksi.
Buat pertama kalinya dalam sejarah, Konsert Exists Reunion anjuran Shiraz Projects ini menghimpunkan semua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua vokalis iaitu Mamat dan Ezad.
Kredit foto: Instagram Mamat Exist
Menurut Berita Harian, seawal jam 6 petang, peminat sudah mula membanjiri perkarangan stadium. Hujan lebat tidak menjadi alasan untuk mereka menyaksikan gabungan istimewa itu.
Sistem audio, pencahayaan serta pentas tersergam indah memberikan perisa enak terhadap persembahan tujuh orang anggota Exists yang sangat menghiburkan penonton yang bertandang.
Kredit foto: BH Online
Dalam konsert hampir tiga jam itu, Exists menyampaikan 24 lagu yang menterjemahkan perjalanan hidup band popular itu sepanjang 28 tahun bergelar anak seni.
Alunan vokal keramat Mamat kedengaran mantap dan langsung tidak menghampakan. Manakala, Ezad pula berjaya membuai perasaan peminat yang hadir untuk larut dalam emosi setiap bait lirik lagu Exists dengan suara lunak miliknya.
Kredit foto: Instagram Azrul_Rafie
Formula Exists menyanyi penuh setiap lagu serta memaparkan lirik menjadi kerana ia turut membantu peminat-peminat menyanyi bersama mereka.
Kredit foto: Instagram azrul_rafie
Lagu-lagu berhantu Exist antaranya Masih Terserlah Ayumu, Dirantai Digelangi Rindu, Untukmu Ibu serta Mengintai Dari Tirai Kamar benar-benar mengubat kerinduan mereka yang hadir.
Penonton yang hadir pulang dengan senyuman puas, gembira kerana dapat menikmati persembahan rangkaian lagu hits Exists ketika zaman membesar dari remaja menuju dewasa.
Kredit foto: Instagram Azrul_Rafie
Exist turut mempersembahkan lagu terbaru mereka, Tak Berakhir yang menggabungkan alunan vokal Mamat dan Ezad.
Persembahan Exists Reunion harus dikenang sebagai satu konsert yang berjaya dan berada dalam kelas tersendiri! - CARI |