Umum mengetahui keluarga Datuk Seri Siti Nurhaliza mempunyai hubungan baik dengan sesetengah ahli politik, antaranya adalah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Terbaru, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dijemput untuk makan malam di kediaman penyanyi tersohor negara bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang terletak di Bukit Antarabangsa.
Foto: Sumber Internet
Mohamad Sabu memaklumkan undangan tersebut melalui akaun Twitter, namun dia tidak berkongsi tentang tujuan kunjungan tersebut.
Pada masa sama, beliau mengambil kesempatan untuk menjemput Siti Nurhaliza mengadakan persembahan sempena Kempen Tabung Pahlawan pada 21 Oktober nanti.
Foto: Instagram Siti Nurhaliza
Sempena Kempen Tabung tersebut, pelbagai program bakal dijalankan seperti Larian Amal Veteran dan Majlis Makan Malam Amal.
Beliau juga berharap dapat mencapai sasaran kutipan sebanyak RM6 juta bagi tujuan kebajikan veteran dan ahli keluarga termasuklah veteran kelainan upaya, balu dan mereka yang ditimpa musibah.
Semoga sasaran kutipan bagi majlis amal ini berjaya dicapai tambahan pula pasti ramai yang mahu melihat persembahan Siti. Ini juga salah satu tarikan. - CARI
|